House

13 TIPS Bagaimana Nak Kumpul Stok Susu Dengan Banyak?


Hari ni saya terpanggil untuk bercerita bagaimana ibu-ibu bekerja terutamanya nak mengumpul stok susu dengan banyak.. InsyaAllah, jika tips ini diikuti sejak berpantang lagi, susu memang meriah dan saya pasti anda mampu menyimpan stok untuk si manja anda..

Tips yang perlu anda lakukan:

  1. Minda yang positif sejak mengandung lagi
  2. Mempunyai keinginan dan azam yang tinggi untuk menyusukan anak secara eksklusif 
  3. Sebaik bayi lahir, hanya berikan bayi susu ibu sahaja. Elakkanpenggunaan botol susu dalam 3 minggu pertama.
  4. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin. Jika bayi minum sebelah payudara sahaja, pam sebelah lagi untuk menyimpan stok.
  5. Bayi kerap minum, macam mana saya nak simpan stok? Ini pertanyaan lazim yang saya terima.. TIPSnya mudah sahaja, bayi minum sebelah kiri, kita pam sebelah kanan pada masa yang sama. Mudahkan?
  6. Buat Teknik Power Pumping pada waktu malam, terutamanya mereka yang mengalami masalah stok susu yang kronik. Teknik Power Pumping memang sangat membantu ibu-bu yang kekurangan susu.
  7. Perlu ada MASA PAM ketika waktu bekerja. Jika anda mengatakan tiada masa langsung untuk mengepam masa bekerja, maka saya boleh bagitau lupakanlah hasrat anda untuk cuba menyusukan bayi secara eksklusif, kerana tiada teknik atau supplement yang boleh membantu jika anda tidak pam.
  8. Perlu minum banyak air 3-4 Liter sehari. Kekurangan air dalam badan akan mengganggu penghasilan susu ibu.
  9. Ibu perlu menjaga pemakanan, ambil makanan yang tinggi khasiat, protein dan kalsium. Jika anda rasa sukar dan tiada masa untuk memastikan pemakanan anda seimbang, SUPPLEMENT SHAKLEE adalah pilihan yang paling tepat.
  10. Ibu perlu pastikan badannya cukup rehat dan cukup fit. Mental sentiasa positf dan ceria. Badan yang letih dan mental yang stress mengganggu penghasilan susu ibu.
  11. Penuhi Konsep Utama Penyusuan ~ Demand and Supply. Lebih banyak anda pam atau susukan bayi, lebih banyak susu akan dihasilkan. Maka lebih banyak jugalah stok susu yang dapat anda simpan.
  12. Jangan malas mengepam! Sebaiknya mulakan mengumpul stok  sejak berpantang lagi. InsyaAllah stok susu anda akan bertambah dari masa ke semasa.
  13. Meminta pada Allah, Dia jualah Maha Pemberi Rezeki. Kerapkan berzikir dan memohonlah selalu pada-Nya.

 

Harapan saya semoga tips-tips di atas dapat membantu semua ibu-ibu di luar sana lebih bersemangat meneruskan penyusuan secara eksklusif.

Di sini saya nak memaparkan kejayaan seorang ibu, Pn Jue Ame yang berjaya mengumpul stok sebegini banyak dalam masa sebulan sahaja.. Alhamdulillah dengan kegigihan beliau mengepam secara konsisten dan pengambilan suplement Shaklee sebagai bantuan, inilah hasilnya..

 

 

Seronokkan kalau ada stok susu banyak macam ni di rumah.. Tak perlu pening kepala nak bekerja..mesti tenang je hati.. Alhamdulillah.. Set Eu Four Set Plus memang banyak membantu Pn Jue Ame sejak berpantang lagi.. 

 

Saya selalu menyatakan penyusuan juga seperti hidup, ada masa susu banyak, ada masa susu  sikit.. banyak faktor mempengaruhi. Jadi untuk menerukan penyusuan secara eksklusif menuntut pengorbanan dan komitmen dari ibu. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan penyusuan saya dan anda semua.. Amin..

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Supplement Penyusuan Shaklee,boleh hubungi saya untuk info lanjut di 019-6657 302 / Add Fb saya FARAH ALIAS BIZ untuk Chatting secara terus dengan saya. KONSULTASI PERCUMA diberikan untuk setiap pelanggan mommyiskandar.com

 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: