House

Apa Itu Ovarian Cyst?


Ovarian cysts biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan.

Antaranya ialah:

  1. Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.
  2. Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.

Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak menggangu kesuburan, antaranya:

  1. Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
  2. Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
  3. Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

Bilakah pembedahan itu perlu ?

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan,

  1. Untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan
  2. Untuk membuang ovarian cyst, jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc)  dan jika saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain
  3. Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.

Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut:

  • Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
  • Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
  • Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
  • pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
  • pesakit adalah gadis remaja.
  • pesakit telah menopause.
  • menggunakan pil perancang kehamilan

Walaupun terdapat beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan:

  • imej CT scan abdomen, dan
  • laporan pathology tisu yang diambil, atau
  • jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
  • wanita itu sudah mengalami menopause atau
  • saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.
Kepada semua wanita di luar sana yang mengalami cyst, jangan panik dan terus membuat pembedahan. Minta nasihat dari doktor pakar dan mudah-mudahan artikel saya ini membantu. Kepada yang ingin mencuba rawatan alternatif dengan mengambil supplement, klik SINI
 
 Artikel asal dipetik dan diedit dari SINI. Credit kepada DR. Zubaidi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

17 comments on “Apa Itu Ovarian Cyst?

  1. MamaNabila on said:

    Assalamualaikum…

    Terima kasih atas info yang bermanfaat yang diberikan. Blog ini juga menarik dan memudahkan pencarian maklumat. Semoga Allah swt memberkati usaha puan…

    Wassalam

  2. Pingback:» ESP (Energizing Soy Protein)Mamaku Hebat

  3. salam..
    satu perkongsian yang hebat dan sangat bermanfaat..

  4. Norlela on said:

    Terime kasih atas info nye, tapi boleh saya tanye saye disahkan ade cyst di sebelah kanan. Dan saya mempunyai masalah jantung. Pada pendapat puan saya patut dibedah atau. Tidak? Sebab doctor sedang mempertimbangkan nye .

  5. Salam,

    Terima Kasih atas perkongsian.. Sya merupakan penghidap dermoid cyst dan cyst yg normal.. Sya sedang hamil 8 bulan dan masih menunggu keputusan doktor..

  6. Azrul Jumat on said:

    Assalam..

    sy ada beberapa pertanyaan.

    sekiranya seorang wanita didapati mempunyai dermoid cyst bersaiz melebihi 5cm dlm ovari, dan pembedahan utk membuang dermoid cyst tersebut telah berjaya dilakukan dengan keadaan wanita tersebut sedang mengandung 3 bulan keatas. soalan saya:

    1. adakah pembedahan tersebut akan memberikan kesan ke atas kandungan (bayi terutamanya) kerana penggunaan ubt anasthaetic serta pain killer (morfin)?dari segi pertumbuhan bayi..

    2. adakah dermoid cyst dikategorikan sbg kanser?

    3. adakah cyst akan tumbuh semula sekiranya pembedahan utk membuang telah dilakukan sebelumnya?

    4. adakah cyst ini boleh membawa kepada kematian?

    terima kasih atas perkongsian maklumat. semoga blog ini memberikan manfaat kpd semua.

    Wassalam.

  7. Pingback:2nd pregnancy |

  8. Amoi on said:

    Alhamdulillah…akhirnye sy phm ape itu cyst…

  9. Salam..
    Sya nak tnya.. Sya baru d sah kan ada cyst berukuran 9cm.. Doktor suru tgu lg sebulan utk result darah…dan jika sakit doktor suru segera ke hospital… Nak tnya ada ka sya perlu buat pembedahan?? Atau ada peluang utk cyst itu mengecut… Dan ada ka bahaya???

    • Farah on said:

      Wasalam.. biasanya kalau cyst dah besar 9 cm atau 10 cm memang doktor akan sarankan untuk membuat pembedahan. Puan boleh memilih untuk terus membuat pembedahan atau mencuba rawatan alternatif dulu contohnya GLA yang membantu dalam mengecutkan cyst. Namun begitu, ia bergantung juga kepada individu.

  10. idon marcello on said:

    tiada jalan penyelesain kha ini.

  11. Yuliana binti ciding on said:

    Salam dr..sy bru lepas bt scan…hri tu bt scan sbb nk taw ada btu krng or x…tpi dktr sahkn ada cyst kt sblh kiri ukuran lbih 3cm…bahaya x bnda tu???

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: