House

Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)


Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Penyusuan ibu perlukan ilmu.. Bila ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayinya secara eksklusif, semua ibu perlu tahu cara penyimpanan susu ibu yang betul. Kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita kan?

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama. Ini gambar mudah untuk anda fahami tempoh masa yang selamat dan cara penyimpanan susu ibu (EBM).

 

Secara ringkasnya, gambar di atas menunjukkan jika anda menyimpan susu di:

  • Peti sejuk bahagian bawah – susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
  • Peti sejuk bahagian atas / sejuk beku – susu  tahan 3 bulan
  • Deep Freezer – susu tahan 6 bulan
  • Pada suhu bilik – susu tahan 4 jam
  • Cooler Bag / Box – susu tahan 12-24 jam
 
Namun begitu, ada sedikit perbezaan jika anda menyimpan susu bagi peti ais satu pintu dan peti ais 2 pintu. Dan bagi bayi pra matang, ada lebih perhatian boleh diberikan. Sila rujuk Jadual Penyimpanan Susu di bawah ya..

 

Cara Menyahsejukbeku Susu:

  • Jika anda nak gunakan susu yang telah dibekukan esok hari, turunkan susu tersebut ke peti sejuk bawah pada sebelah malamnya
  • Bila bayi nak minum, rendamkan susu tersebut dalam air panas suam(tidak terlalu panas kerana ia akan merosakkan nutrien dan antibodi yang terdapat di dalam susu )
  • Goyangkan susu tersebut secara perlahan untuk memberi suhu sekata pada susu dan rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan terus pada bayi
  • Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, seeloknya sediakan ‘warmer' bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda.
 

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
 

Info Tambahan Bagi Ibu Bekerjaya:

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Semoga artikel saya ini member panduan berguna untuk anda semua.. Happy Pumping! 😉

 

Saya boleh dihubungi di:

Call/Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Klik ‘LIKE' fanpage saya MOMMY ISKANDAR 

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

31 comments on “Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

  1. Pingback:MamaPapaKiosk.com

  2. Salam,

    Baby saya dilahirkan 36wks. Sekarang dia berusia sebulan lebih. Sy menggunakan peti sejuk 1 pintu. Boleh tak saya bekukan susu dan simpan selama 2 minggu?

  3. Pingback:Tips Banyakkan Susu Ibu

  4. Artikel yang sangat membantu. Mohon izin untuk share artikel ini di blog saya. 🙂

  5. Hi, thanks for sharing, good info to mummy to be 🙂 jom follow

  6. Ashikin on said:

    Info yg sangat berguna untuk saya.. Mohon zinkan sy share di FB yer..

  7. Rachael C. SaLonga on said:

    article buat sa tamba pngaLaman, terbaik,

  8. Hamizah on said:

    Salam sis..tq diatas perkongsian..saya ada 1 soalan, saya dh buat stok susu dan simpan diatas peti beku bhg atas..saya buat stok sejak berpantang di rumah mak di johor..lg sebulan saya akan naik kerja semula di melaka..macam mana saya nak bawa stok susu yg beku tu ye ke melaka? Saya perlu masukkan susu ke dlm ice box dan letak ais banyak2 ke utk memastikan susu tahan lama? Please bntu saya sis..buntu tiba2

  9. Salam, nice sharing terutama untuk ibu-ibu baru. 🙂

  10. Nice sharing.. sangat sesuai utk ibu – ibu baru 🙂

  11. I’m imrspesed. You’ve really raised the bar with that.

  12. Nurshuhada on said:

    Salam…bila saya menyusukan baby mesti susu disebelah lagi akan keluar menitik2..jadi saya tadah guna botol susu..tapi xpenuh..sekiranya saya letak didalam peti sejuk susu yang kuantitinya sedikit tadi..pada hari esok boleh ke kalau saya tambah je susu saya kedalam 2..atau perlu guna botol lain??

  13. atifah on said:

    Sy mengunakan deep freezer utk stok simpanan bayi sy..sy akan berpindah rumah tidak lama lg..bagaimana cara yang betul untuk saya memindahkan stok susu bayi sy..rumah br sy dlm anggaran jarak 15 minit dr rumah sekarang..

    • Boleh masukkan dalam polistirene box dan masukkan ice cuba banyak-banyak supaya susu tidak cair. Macam mana pun kena pastikan susu dipindahkan dengan cepat ya. Kalau dah cair walaupun sedikit, kena guna susu tu dalam masa 24 jam.

  14. shegurl on said:

    salam sis,sy nk tny..klau sy pam susu jam 8 am,sy smpan dlm pti sjuk.kmudian sy pam susu jam 11am,sy smpan dlm pti sjuk.shngga jam 11 pm,sy pam susu.perlu ka susu yg trakhir yg sy pam,sy smpan dlm pti sjuk?stahu sy,susu boleh dcmpur dlm masa 1 hari jika suhu stiap susu adalah sama..(jadual pam stiap 3 jam).harap sis dpt mmbntu kemusykilan sy.tima kasey.

    • Farah on said:

      Wasalam, susu boleh dicampur dalam satu botol bila suhunya sama. Kalau susu pukul 11 pm tu dicampur dengan susu pada jam 11 am, semestinya tak boleh, sebab susu pada sebelah malam tu masih suam lagi. Kena samakan suhu, baru boleh campurkan ya.

  15. Husna on said:

    Salam, jika sy bawa balik ebm setiap hujung minggu menaiki ets atau bas, cara terbaiknya susu itu perlu dibekukan atau tak?

  16. Salam, it nice sharing! Susu ibu selalu merundum? mahukan tambah susu badan? Kami dari Mommoremilk menghasilakan product lactation cookies and brownies milk booster hampir 6 tahun dan mempunyai feedbck yg positive dari customer. Para susu ibu ingin mencuba? boleh whatsapp Iema di nombor 0 19-675 7726/ mommoremilk.com/ mommoremilk.blogspot.com/ instagaram: mommoremilk

  17. Nina on said:

    Assalam sis,

    1- Adakah mknan yg disimpan di dlm peti ais mampu mempengaruhi qualiti susu ebm?
    2- Kebiasaannye baper jam diperlukan utk menyamakan suhu susu ebm yg baru dipump sblm dicampur dgn susu ebm yg telah disimpan di dlm peti sejuk?

    Tq

  18. Zuriyana on said:

    Salam,
    Nak tanya,untuk susu perahan yang telah dipanaskan tidak habis diminum boleh bertahan untuk berapa jam kalau tak letak dalam peti ais semula? Thank you

  19. hasnidar on said:

    salam, saya nak tanya jika di pejabat tidak ada peti sejuk boleh ke simpan susu terus dalam cooler bag

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: