House

Rahsia Stok Susu Banyak Untuk Ibu Bekerja..


Set Penyusuan 3M Shaklee

Ibu bekerjaya memang sangat memerlukan stok susu yang banyak jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif. Sejujurnya, ia memerlukan komitmen dari ibu seawal dalam pantang lagi.

 

Ramai ibu yang menunggu hampir nak bekerja baru nak mula mengepam. Cara ini salah ya, kerana anda akan ‘menggelabah' apabila sangat hampir nak bekerja dan stok anda baru sedikit. Banyak kes yang saya terima, ibu lagi 2 minggu nak bekerja.. baru nak mula pam, dan sangat bergantung pada suplement. Memang betul suplement membantu, tetapi jika anda baru nak mula megepam, kesan suplement agak ambil masa. Tetapi jika anda memang pengepam tegar, anda akan dapat lihat hasil suplement dalam masa seminggu, insyaAllah.

 

Justeru, saya menyeru semua ibu bekerja yang menyusukan anak, mulalah mengumpul stok susu seawal minggu pertama dalam pantang lagi. Berikut ialah RAHSIA STOK BANYAK khas untuk ibu yang bekerja..

  1. Set minda anda untuk menyusukan bayi sejak mengandung lagi, dan banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan.
  2. Mula mengepam susu seawal minggu pertama atau kedua berpantang
  3. Penuhi konsep ‘demand and supply'
  4. Kosongkan payudara sekerap mungkin. Amalkan pam setiap 2 jam sekali, maksimum 3 jam sekali.
  5. Jika sampai masa untuk mengepam dan bayi anda menangis, susukan bayi anda dahulu. Selepas itu sambung mengepam, selepas bayi puas menyusu
  6. Cara lain, anda boleh menyusukan bayi di payudara kanan, dan pam di payudara kiri. Untuk menjalankan teknik ini, anda semestinya ada pam elektrik. Jika pam  manual agak sukar juga.
  7. Tips yang sangat berkesan, tetapi ramai ibu yang malas lakukan ialah Teknik Power Pumping. Jika stok anda sangat sedikit, lakukanlah teknik ini, insyaAllah sangat berkesan.
  8. Rahsia seterusnya ibu mesti minum air 3-4 Liter sehari. Jangan kurang 3L air sehari, kerana air yang kurang menyebabkan badan anda tidak mampu menghasilkan susu yang banyak
  9. Ambil makanan berkhasiat yang berupaya menambah susu seperti kurma, horlicks, susu dan bijirin. Jika mampu ambillah SUPLEMENT PENYUSUAN, semestinya banyak membantu
  10. Doa dan memintalah pada Allah. Dia yang Maha Pemberi, mintalah dimudahkan penyusuan kita dan diberi rezki yang banyak untuk bayi kita

 

Selain mengikuti semua tips dan rahsia di atas, anda sangat digalakkan ambil Set Penyusuan Shaklee jika ada budget, dan untuk mendapat kesan yang lebih cepat..  Saya kongsikan testimoni dan kegembiraan ibu yang telah berjaya mengumpul stok susu banyak dengan bantuan set penyusuan kami..

 

Set 3M meriah

 

 

 

stok byk

 

 

stok banyak sepanjang berpantang dgn set 3M

 

 

Alhamdulillah.. stok banyak lebih cepat dan mudah dengan Suplement Penyusuan Shaklee. Jika anda mengamalkan 10 rahsia di atas tu, insyaAllah anda juga mampu mengumpul stok banyak sebegini. Jika berkemampuan, ambillah suplement, jika budget terhad, anda cuma perlu gigih dan rajin, insyaAllah anda juga boleh!

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: