House

Bagaimana Nak Banyakkan Susu?


Setiap hari saya menerima email, telefon dan juga mesej dari fb yang bertanyakan bagaimana nak banyakkan susu? Apa tips agar  susu dapat bertambah beratus-ratus ounz seperti banyak testimoni yang pernah saya paparkan dalam entry yang lepas.. Bagaimana nak buat? Dan pelbagai persoalan, yang asasnya bertanya bagaimana susu para ibu boleh bertambah..

Pada asasnya, semua ibu yang menyusu perlu tahu konsep asas penyusuan iaitu – DEMAND AND SUPPLY. Apa itu Demand and Supply? Demand and supply ialah keadaan di mana lebih banyak permintaan terhadap susu, lebih banyak susu dihasilkan. Dengan kata mudah, lebih banyak ibu memberi susu kepada anaknya, lebih banyak susu dihasilkan. Bagi ibu-ibu bekerja, lebih banyak mereka pam, lebih banyak juga susu dihasilkan.

Ada ibu yang bertanya.. “macam mana saya nak kerap pam? Bila pam je, dapat 1 oz, kadang2 setengah 0z.. rasa down sangat..” Memang begitulah selalu yang belaku, bila ibu dapat sedikit bila pam,terus mereka berhenti pam, kerana takut resultnya akan menyebabkan mereka kecewa.  Tetapi, sebenarnya, berhenti mengepam lagi menyebabkan penghasilan susu ibu kurang, kerana tiada demand atau rangsangan diberikan pada payudara. Maka nasihat saya bagi ibu-ibu yang mengalami masalah seperti ini, teruskan mengepam setiap 2-3 jam sekali, walaupun anda sekadar ‘ pam angin' dan terlalu sedikit susu yang keluar.  InsyaAllah berkat kesabaran, susu akan meningkat dari masa ke semasa..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Begitu juga keadannya dengan ibu-ibu yang mengambil supplement penyusuan dari saya. Set penyusuan ini bukan untuk membanyakkan susu ibu tetapi membantu tubuh ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ini kerana, apabila mengambil supplement, badan ibu itu sendiri lebih sihat, bertenaga dan cukup bersedia untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Pokok pangkalnya, usaha ibu itu sendiri dalam menyusun jadual pamnya, dan insyaAllah set penyusuan memang memberi impak yang sangat besar jika ibu berjaya melakukan 3 perkara di bawah:

  • Pam / menyusukan baby secara terus setiap 2-3 jam sekali
  • Minum banyak air, sekurang-kurangnya 3L sehari
  • Pengambilan supplement mengikut jadual yang disyorkan
  • Zikir dan doa, mohon Allah berikan susu yang banyak untuk anak kita setiap hari..
Buat semua ibu-ibu menyusu, rezeki susu ini tidak sama. Hari ni mungkin banyak, esok mungkin sedikit. Banyak faktor yang mepengaruhi penghasilan susu, antaranya emosi ibu, keadaan fizikal ibu itu sendiri, kekerapan mengepam, pengambilan makanan yang seimbang dan banyak lagi. Jika anda risau anda tak dapat mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian anda kerana kesibukkan masa, dan sentiasa berasa letih dan tidak bermaya.. suplement adalah jawapannya. Untuk melihat TESTIMONI pelanggan kami, sila klik SINI
Untuk mendapatkan konsultasi percuma, dan harga bagi setiap produk, sila hubungi saya di farahshoppe@gmail.com / 019-6657 302/ add fb saya FARAH ALIAS .

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: