House

Marhaban Ya Ramadhan


marhaban ya ramadhan

Marhaban ya Ramadhan.. Lagi beberapa hari lagi kita akan menjejaki bulan Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu..bulan yang membawa ‘hadiah' dari Allah berupa bonus pahala, rahmat, keampunan dosa dan lain-lainnya.

 

Marhaban Ya Ramadhan.. mungkin tahun ini puasa kita berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Tiada lagi lantunan suara imam bertarawih di surau-surau dan masjid-masjid.. apatah lagi melihat jemaah berbondong-bondong ke masjid. Masjid dan surau sunyi sepi tak seperti selalunya.. 

 

Walau jauh di sudut hati, sedih menyambut Ramadhan dalam keadaan berkurung kerana Covid-19 ini, namun ada hikmah terbesar di sebalik kejadian virus ini. 

 

Apakah hikmahnya? Tahun ini kita berpuasa majoritinya tidak bekerja. Majoritinya berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Maksudnya kita dapat fokus pada ibadah puasa tahun ini. Kita dapat lakukan banyak tadarus Al-Quran, dapat bertarawikh dengan sempurna dan pelbagai amalan sunat lain dapat dilakukan. 

 

tadarus al quran

 

Berbanding tahun lain, bulan puasa mungkin kita sibuk dengan kerja dan tugasan hakiki kita. Anak-anak juga tidak bersekolah.. kita pun tidak berkejar-kerja mengambil hantar mereka atau menguruskan persekolahan anak-anak. Tahun ini, Allah bagi cuti kerja pada kita dan dapat fokus sepenuhnya beribadah pada bulan Ramadhan. Pastinya suatu pengalaman yang amat berharga untuk kitakan? 

 

Teringat semasa saya mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah dulu.. saya selalu berasa seronoknya kalau hidup realitinya begini. Sepanjang waktu dapat berulang alik ke masjid. Selepas solat wajib, menunaikan solat sunat dengan tenang, terus sambung baca Al-Quran. Balik bilik hotel, masuk waktu solat, ke masjid lagi. Rasa macam tak nak balik ke Malaysia.. namun anak-anak dan tanggungjawab hakiki menanti, mana mungkin tak balik.. 

 

Hari ini, tahun ini, Allah kabulkan angan-angan saya itu. Cuma mungkin bezanya tak dapat berulang-alik ke surau atau masjid. Namun secara dasarnya, kita tak sibuk dari tanggungjawab hakiki kita. Lebih banyak masa lapang dari masa sibuk kita. 

 

Walau tak dinafikan stress juga terkurung dalam rumah begini, namun kita cubalah ambil semua ini dari perspektif yang baik dan positif. Allah mahu kita kumpul sebanyak pahala yang boleh Ramadhan ini. Buang jauh-jauh perasaan bosan dalam diri kita ni, dan tanamkan keseronokkan menyambut bulan penuh barakah ini. Mana tahu ini Ramadhan terakhir untuk kita..

 

Ramadhan merupakan syahrun mubarak (bulan keberkahan). Setiap ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan, maka Allah akan melipat gandakan pahalanya.

 

Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda: “Sungguh telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah. Pada bulan ini diwajibkan puasa kepada kalian..” (HR. Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Baihaqi).

 

 

Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam pernah berkhutbah di hadapan para sahabatnya, “Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah. Siapa yang mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan (pada bulan itu), seolah-olah ia mengerjakan satu perbuatan wajib pada bulan lainnya. Siapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib pada bulan yang lain, ia seolah-olah mengerjakan tujuh puluh kebaikan di bulan lainnya.” (HR. Baihaqi)

 

Marhaban Ya Ramadhan.. semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi Ramadhan kali ini. Amin amin..

 

Jika anda nak dapatkan suplemen untuk meningkatkan tenaga anda beribadah tahun ini, dan mengurangkan masalah letih lesu atau dehidrasi, boleh klik DI SINI ya.

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: