House

Tips Menangani Anak Degil


Di zaman serba mencabar ini, mendidik anak-anak merupakan cabaran kepada ibu bapa. Untuk mendidik anak menjadi insan berguna bukan suatu yang mudah lebih-lebih lagi di zaman dunia tanpa sempadan ini. Jika ada di antara kita mempunyai anak yang degil, jangan berputus asa. Berikut ada beberapa tips menangani anak degil

 

Tips Menangani Anak Degil:

 

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Bergurau dengan anak dan rapatkan hubungan kekeluargaan

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…

5) Berikan penghargaan dan pelukkan

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

6) Sediakan persekitaran rumah yang menyeronokkan

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

7) Ibu bapa perlu tunjuk sikap yang baik

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

8) Luangkan masa bersama anak-anak. Jangan terlalu sibuk bekerja kerana suatu hari nanti kita akan tersedar yang anak-anak kita dah besar. Betapa kita akan merindui saat mereka kecil-kecil dahulu

9) Kerapkan berdoa dan amalkan zikir pelembut hati kepada anak-anak supaya hati mereka tak lagi degil dan mendengar nasihat kita

10) Amalkan peluk anak setiap hari supaya dia kasih dan sayang pada kita

 

Apapun, yang penting ibu bapa kena bersabar, banyakkan berdoa dan jangan turutkan emosi dalam menangani anak yang degil ini. Mudah-mudahan artikel tips menangani anak degil ini membantu kita semua mendidik anak-anak kita.

 

Diedit dan dipetik dari SINI

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: