House

Condition of Use


Terma dan Syarat Penggunaan

Perhatian:

1. Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan/ ubatan tidak kira untuk apa jua tujuan, sila minta nasihat dari doktor atau pakar pemakanan anda.

2. Jika terdapat keadaan dimana produk sudah kehabisan stok dan pembayaran sudah dilakukan oleh pembeli, wang akan dikembalikan.

3. Segala perkhidmatan dan pembelian dilakukan melalui laman web ini tunduk pada syarat-syarat yang ditetapkan dan diterangkan di bawah ini. Sila ambil perhatian bahawa kandungan ini mungkin berubah seiring perjalanan masa tanpa pemberitahuan notis terlebih dahulu.

4. Sila pastikan bahawa anda juga membaca Polisi ‘Privacy Notice’, Polisi ‘Shipping and Returns‘ kami dan ‘Disclaimer/Penafian’ serta yang berkaitan dengan laman web ini.

5. Jika terdapat isi-isi kandungan yang bercanggah pada mana-mana laman atau pada polisi-polisi lain dilaman web ini; Terma dan Syarat dibawah wajib diguna pakai.

6. Laman web ini adalah dibawah milik/selenggara Sofis Prima Sdn Bhd. Sofis Prima Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (selanjutnya akan disebut sebagai “Mommyiskandar.com”). sementara pengguna laman web, pelanggan dan semua pengunjung yang lain selanjutnya akan disebut sebagai “pengguna.”

7. Pengguna bersetuju dan mendapat nasihat doktor atau pakar pemakanan sebelum menggunakan sesuatu produk yang terdapat di Mommyiskandar.com

8. Jika terdapat mana-mana produk yang kehabisan stok dan bayaran telah pun diterima oleh pihak Mommyiskandar.com, wang pengguna akan dikembalikan sebaik sahaja dimaklumi.

9. Pengguna bersetuju untuk membayar semua kos yang dikenakan melalui pembelian/perkhidmatan di Mommyiskandar.com dalam waktu jadual pembayaran yang ditetapkan.

10. Pengguna bersetuju untuk menanggung segala caj transaksi yang melibatkan bank, caj kad kredit atau caj syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan lain.

11. Pengguna juga bersetuju untuk menanggung segala bayaran kepada pihak kastam atau mana-mana badan berkanun jika barang yang dibeli melibatkan caj bayaran oleh pihak terbabit.

12. Pengguna bertanggungjawab untuk meneliti semua kos, cukai dan prosedur yang berkaitan dengan mengimport satu atau lebih produk sebelum menempatkan pesanan. Kos ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna.

13. Mommyiskandar.com boleh memperbaiki kesalahan atau maklumat yang kurang tepat dan menukar atau mengemaskini maklumat, termasuk harga dan stok barang, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

14. Semua harga yang disenaraikan di Mommyiskandar.com berada dalam ringgit Malaysia.

15. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk pengumpulan bayaran dan penghantaran produk ke alamat mereka.

16. Mommyiskandar.com akan menggunakan Pos Malaysia untuk proses penghantaran barang dan peraturan Pos Malaysia hendaklah diguna pakai. Namun, atas permintaan pengguna, syarikat courier lain juga boleh digunakan dan peraturan mereka hendaklah diguna pakai. Begitu juga, Mommyiskandar.com tidak akan bertanggung jawab untuk setiap faktor yang mempengaruhi kelewatan penghantaran yang berada di luar kawalan, termasuk kelewatan penyediaan butiran yang diperlukan oleh pengguna, penangguhan oleh petugas-petugas syarikat courier atau kastam, perang, bencana alam dan untuk setiap kerosakan yang timbul akibat dari kelewatan tersebut.

17. Mommyiskandar.com tidak akan bertanggungjawab ke atas kelewatan atau kerosakan akibat daripada penggunaan kaedah pembayaran yang salah atau daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak penyedia perkhidmatan seperti PayPal, bank, syarikat kad kredit dan syarikat perkhidmatan kewangan lain.

18. Mommyiskandar.com menghormati hak-hak setiap individu untuk privasi peribadi. Maklumat yang dikumpul melalui borang pendaftaran pengguna, fail log automatik, dan cookies untuk kepentingan pencegahan penipuan dan dalam rangka meningkatkan perkhidmatan peluncur laman web pengguna. Maklumat ini merangkumi alamat IP, lokasi geografi, jenis pelayar, sumber rujukan, masa kunjungan dan jumlah paparan laman. Mommyiskandar.com juga memelihara butiran transaksi, pembelian, dan maklumat berkaitan.

19. Maklumat yang diterima oleh Mommyiskandar.com mengenai pengguna seperti maklumat peribadi mereka, digunakan untuk membolehkan penghantaran maklumat pembayaran, invois, komunikasi dan notis, penghantaran email newsletter dan pengumuman, membalas pertanyaan dan aduan, dan sebagai profil pelanggan. Maklumat mungkin juga dikumpul dari cookies oleh Google Analytics untuk menghasilkan laporan untuk statistik penggunaan di Mommyiskandar.com.

20. Maklumat boleh dibahagikan dengan sumber pihak ketiga seperti syarikat courier, pihak kad kredit, paypal dan bank. Maklumat pengguna juga boleh diserahkan untuk sumber-sumber undang-undang hanya dalam perkara melibatkan Mommyiskandar.com dan ianya jatuh di bawah kewajipan undang-undang untuk melakukannya. Namun Notis akan dihantar terlebih dahulu kepada pengguna sebagai pemberitahuan.

21. Mommyiskandar.com tidak bertanggung jawab atas pautan link yang dilakukan oleh pihak luar dan laman web luar yang mengandungi mana-mana link di laman web Mommyiskandar.com. Sementara, untuk link pihak luar selain daripada dibawah milikan/selenggara Sofis Prima Sdn Bhd, pengguna perlu menimbang dan menerima semua risiko yang ditimbulkan dengan memilih link tersebut yang dipamerkan pada laman web ini.

22. Pengguna bertanggung jawab atas penyalahgunaan laman web dan sebarang maklumat yang diberi oleh pengguna itu sendiri. Sementara Mommyiskandar.com akan mengambil setiap tindakan pencegahan untuk menjaga akan kehilangan, penyalahgunaan, atau perubahan maklumat pengguna oleh individu yang tidak sah atau pihak lain.

23. Penghantaran data melalui Internet membawa tahap risiko tertentu, Mommyiskandar.com tidak menjamin keselamatan penghantaran data. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya atas simpanan, username dan password dan juga butiran lain dari pendaftaran.

24. Mommyiskandar.com tidak berkrompomi dengan produk yang telah tamat tempoh, produk yang telah tamat tempohnya hendaklah dipulangkan kembali.

25. Pengguna bersetuju untuk mengikuti semua peraturan, langkah dan prosedur bagi pemulangan kembali produk seperti dibawah terma ‘Shipping and Returns’ dan akan menanggung kos penghantaran produk.

26. Pengguna memahami bahawa tidak ada penukaran barang atau pengembalian wang akan diberikan apabila mereka berubah fikiran tentang pembelian produk dan / atau perkhidmatan atau jika mereka menolak untuk membayar cukai-cukai berwajib.

27. Tidak ada penukaran barang atau pengembalian wang akan diberikan jika tidak ada usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah melalui e-mel sebelum pemulangan produk, atau jika tidak ada cacat yang ditemui, terdapat bahagian yang hilang, produk bukan yang sama yang dihantar kepada pengguna, atau produk telah dimodifikasi.

28. Pengguna memahami bahawa pesanan yang belum dibayar akan secara automatik dibatalkan selepas jangka waktu tertentu berlalu tanpa komunikasi lebih lanjut dari pengguna dan tidak ada bayaran yang dilakukan. Pembayaran dilakukan melalui PayPal akan dikembalikan melalui PayPal, sedangkan bayaran dibuat melalui bank akan dikembalikan melaui bank juga, bagi yang tidak mendaftar akaun paypal, seumpama dengan ‘voucher’ akan diberikan.

29. Mommyiskandar.com mengesyorkan bayaran melalui PayPal dan pemindahan bank secara manual atau dalam talian. Pengguna dinasihatkan untuk tidak melakukan Telegraphic Transfer (TT) kerana yuran TT yang tinggi.

30. Pengguna memahami bahawa pesanan tidak boleh dibatalkan dan tiada wang dikembalikan selepas produk dihantar atau sedang dalam proses dihantar.

31. Segala bentuk diskaun, cenderahati atau diskaun untuk tempahan banyak/beli borong yang ditawarkan adalah pada keputusan dan kebijaksanaan Mommyiskandar.com.

32. Mommyiskandar.com berhak menggunakan budi bicara dan pertimbangan wajar untuk segala urus niaga.

33. Penggunaan laman web dan / atau perkhidmatan Mommyiskandar.com merupakan penerimaan pengguna dari semua syarat dan keadaan di atas.

~ Polisi dikemaskini 26 Ogos 2015

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.