House

Shipping and Returns


Penghantaran dan Pemulangan

1. Shipping / Penghantaran

Kos penghantaran adalah mengikut pengiraan prorata iaitu RM10.00 untuk Semenanjung Malaysia manakala RM20.00 untuk Sarawak/Sabah bagi barangan yang kurang dari 2 kilogram.

Kos penghantaran juga bergantung kepada jumlah berat terkumpul barang yang dibeli untuk negara-negara lain atau jika pembelian dalam kuantiti yang besar. Ianya selari mungkin seperti yang dikenakan oleh pihak Pos Malaysia.

Penghantaran akan menggunakan Pos Laju. Untuk selain daripada Pos Laju, hanya akan dibuat atas permintaan pelanggan di mana bayaran tambahan akan dikenakan (hubungi kami untuk maklumat lanjut).

Penghantaran akan diproses 1 atau 2 hari bekerja selepas pengesahan bayaran dibuat.

Sila pastikan anda berada di lokasi alamat penghantaran atau mengambil barangan di pejabat Pos Laju sekiranya barangan tidak dapat diserahkan di alamat penghantaran sebelum 14 hari bekerja. Kegagalan untuk mengambil barangan seperti yang  telah ditetapkan oleh pihak Pos Laju dan segala kos berkaitan adalah atas tanggungan sendiri.

Sila gunakan nombor ‘tracking' untuk menyemak status kiriman menerusi laman web Pos Laju di www.poslaju.com.my/track-trace atau hubungi (PostLine) di 1-300-300-300.

Sila beri lebihan masa dan pertimbangan wajar untuk barangan sampai kepada anda, mugkin terdapat kelewatan disebabkan masalah teknikal dan logistik dihadapi oleh pihak Pos Malaysia atau syarikat courier lain.

2. Return / Pemulangan

Kami tidak menerima pemulangan dan pertukaran barang untuk barang yang telah dijual dan telah dihantar, namun kami tidak berkompromi jika barangan tersebut telah tamat tarikh luput atau telah berkulat.

Pemulangan dan penukaran barang hanya boleh dilakukan apabila terbukti barangan tersebut telah tamat tarikh luput, berkulat atau rosak hanya akibat daripada kecuaian kami.

Barang tidak boleh ditukar sekiranya:

Barang hilang dalam perjalanan pos.

Barang rosak semasa proses penghantaran.

* Sila baca bersama/selebihnya di bahagian ‘Condition of Use'

Walaubagaimanapun, sekiranya di atas sebab tertentu barang perlu ditukar, sila ikut prosedur penukaran barang.

Prosedur penukaran barang:

1. Sebelum menukar barang, Anda harus mendapatkan pengesahan Penukaran Barang dari kami dengan cara mengisi borang ‘contact us' di laman web atau mengirim email ke farah@mommyiskandar.com atau telefon ke: 019-6657 302 dalam jangka waktu 7 hari dari tarikh barang diterima.

2. Emelkan maklumat kepada kami

a) Spesifikasi/Maklumat Barang

b) Alasan penukaran dan butir kerosakan.

* Kami memerlukan emel sebagai bukti komunikasi begitu juga dengan anda. Komunikasi melalui emel adalah wajib.

3. Kami akan membalas email anda secepat mungkin dengan mengirim pengesahan Penukaran Barang ke email anda. Anda juga boleh menelefon kami untuk tujuan pengesahan selanjutnya/ follow up.

4. Barang hendaklah dihantar (melalui pos) ke alamat yang akan kami beritahu melalui email.

5. Setelah barang kami terima, kami akan segera memproses penukaran barang anda.

Perhatian:

Kos kiriman penukaran menjadi tanggungjawab pembeli. Sementara untuk penghantaran semula produk kepada pembeli, pembeli tidak perlu membayar apa-apa.

Produk boleh ditukar dengan produk yang lain. Sekiranya harga lebih mahal, pelanggan perlu menambah perbezaan harga tersebut.

Di atas bergantung kepada stok sedia ada.

Jika tiada produk ganti, wang anda akan dikembalikan.

~ Polisi dikemaskini 30 Januari 2022

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.