House

Kelas Mengaji Dewasa Muslimat di Gombak


Kelas Mengaji Dewasa Muslimat di Gombak. Alhamdulillah, pagi semalam dapat juga saya menghadiri kelas mengaji atau lebih tepat kelas talaqqi. Sejak bersalinkan baby Aisyah, belum berkesempatan pergi. Sibuk dengan urusan anak-anak, ditambah pula risau memikirkan boleh ke baby behave sepanjang kelas.

 

Tetapi hari ni alhamdulillah Allah permudahkan. Mulanya memang fikir-fikir juga, nak pergi ke tak, nak pergi ke tak, tapi kalau Allah dah jemput ke majlis ilmu tu, semua yang sukar jadi mudah. Sementara menunggu giliran mengaji tadi, sempat pula rakamkan gambar si kecik ni pertama kali ikut ibu mengaji. hehe..Hairan muka dia, apalah nenek-nenek ni mengaji pastu kena tegur salah baca. Besar sikit nanti boleh belajar mengaji pula ye Aisyah.. 

 

Kelas Mengaji Dewasa Muslimat Di Gombak

Sampai terkeluar terbelit lidah Aisyah berlatih sebutan betul ni. hihi..

 

 

Orang lain mengaji bawa pen dan buku. Kita bawa mainan baby, botol susu, semua ada

 

Untuk makluman, kelas mengaji dewasa muslimat di gombak ni ialah kelas di mana seorang demi seorang akan mendengarkan bacaan Al-Quran masing-masing di depan ustaz. Mana yang salah, ustaz akan betulkan. Dimulai dengan bacaan Fatihah, ye lah, nama je kita baca fatihah 5x sehari minimum, tapi berapa pastikah kita fatihah kita sebutannya betul. Jadi setiap kali kelas, semua akan disemak bacaan fatihahnya sebelum masuk ke surah masing-masing.

 

Bagi yang berada sekitar Gombak dan mencari kelas mengaji dewasa muslimat, bolehlah hubungi saya ya untuk masukkan anda dalam group mengaji. Masa mengaji ni biasanya dibuat Ahad pagi, namun ada juga pindaan ke hari Sabtu, mengikut jadual ustaz juga. Jadi, bagi yang berminat saya akan addkan dalam group, mudah untuk anda hadir pada kelas yang akan diwar-warkan dalam kelas tersebut.

 

Berikut ialah detail kelas mengaji dewasa muslimat di Gombak:

Tempat: Surau Ubudiyyah Taman Sri Gombak

Masa: Pagi (biasa dalam pukul 9.30 am)

Yuran: Seikhlas hati. Bolehlah menghulurkan sedikit bayaran setiap kali habis kelas. Tiada yuran bulanan, jadi mudah sangat untuk anda yang sibuk, dan tak perlu risau jika dah bayar bulanan, tapi tak dapat hadir. Hadir dulu, baru berikan bayaran seikhlas hati anda.

 

 

Pendapat saya tentang kelas ni, memang best sangat untuk sesiapa yang rasa nak mendalami bacaan Al-Qurannya. Walaupun kita selalu baca dan lancar baca Al-Quran dan yakin ia betul, tapi dengan belajar di kelas ni baru tau..oh rupanya selama ni sebutan rho salah, sebutan zai salah dan pelbagai lagi. 

 

Lagi belajar, rupanya lagi banyak kita tak tau. Kalau tak belajar, perasan tahu dah semua. hehe.. cakap diri sendiri ni sebenarnya.

 

Yang beminat nak belajar mengaji atau talaqqi bersama-sama, hubungi saya untuk detail lanjut ya. Klik DI SINI atau hubungi 60196657302.

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: