House

Doa Seorang Anak


Doa seorang anak. Semalam Ammar dibenarkan pulang ke rumah sebab asrama ada masalah air. Pagi-pagi ni pukul 6 lebih dah kelam-kabut bertolak semula ke asrama, sampai tertinggal naskah tafsir Al-Qurannya dan buku nota yang selalu dibawa bersama.

 

Ibu sajalah belek-belek tafsir dan buku nota yang dia tertinggal tu, langsung ternampak doa yang ditulis di bawah ni..

 

doa seorang anak

 

Bila terbaca catatan ni, terus rasa sebak. Speechless.

 

Allah.. doanya hampir sama dalam setiap doa saya selepas solat yang berbunyi begini.. “Ya Allah, jadikanlah anak-anakku anak soleh solehah, yang menjadi penyejuk hatiku, yang menjadi asbab untuk kami berdua masuk ke syurgamu, dan bertemu semula kami sekeluarga di sana”. 

 

Dalam pada ibu struggle setiap hari cuba menjadi ibu yang terbaik, sedikit doa dari Ammar ini menjadi penguat semangat untuk ibu terus berjuang membesar kalian berlima sebaik mungkin. Bukan sedikit cabaran, lebih lagi bila dah ada anak yang meningkat remaja. Namun pertolongan Allah jugalah yang diharapkan..Dia yang memegang hati manusia.

 

Ada masa ibu juga tersilap langkah. Sentiasa belajar dan terus belajar ilmu membesarkan kamu semua. Yang ibu ada hanyalah doa tanpa lelah. Ibu yakin doa seorang ibu tiada hijab. Dia Maha Mendengar.

 

Semoga Allah permudahkan kami dan juga anda yang membaca.. “Ya Allah bantulah kami dalam mendidik anak-anak kami dan peliharalah mereka kerana kami tiada daya menjaga mereka sepanjang masa. Hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan dan bergantung harap”.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 comments on “Doa Seorang Anak

  1. Allah..sebak pula baca doa ni. Semoga Allah perkenan doa abang. Aamiin

  2. Allah..sebak pula erna baca doa ni. Semoga Allah perkenan doa abang. Aamiin

  3. As’kum..salam perkenalan drp Linda…
    In shaa Allah, doa ank yg soleh utk dirinya dan kedua ibubapanya semoga dimakbulkan Allah swt…aamiin

  4. Amin² ya rabbal alamin. Moga kita semua tergolong sebagai insan terpilih berada disi Rasulullah dan para anbiya..

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: