Kata-Kata Motivasi
Hidup ini tak selalunya indah. Pelbagai dugaan yang akan singgah dalam hidup kita, dan itu adalah lumrah kita sebagai hambaNya di dunia ni. Untuk membantu kita kekal bermotivasi sentiasa, kita kenalah sentiasa bergaul dengan orang-orang yang positif, membaca buku yang boleh membina minda kita dan sentiasa mencari kata-kata motivasi yang membantu kita.
Antara kata-kata motivasi yang sentiasa menguatkan saya untuk “move on” jika sesuatu perkara dalam bisnes menghadapi cabaran:
Sungguh, bila kita berniaga ni, banyak cabaran yang akan datang. Masalah, ujian semua akan menimpa dari pelbagai penjuru. Sama ada kita bertahan atau mengalah, semuanya pilihan kita. Bertahan sakit, meneruskan juga sakit. Pilihlah sakit mana yang kita mahukan, janji kita jelas dan tahu apa yang kita lakukan. Jadi kepada semua, sama-samalah kita terus kuat, semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan kejayaan kepada kita semua. Amin..
Leave a Reply