House

Kurang Air Semasa Berpantang Boleh Sebabkan Jangkitan?


Berpantang adalah saat yang pasti mencipta kenangan bagi setiap ibu. Tempoh berpantang adalah saat manis kerana menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu. Tak kurang juga saat mencabar emosi dan kekuatan fizikal ibu, kerana ketika ini badan ibu sangat lemah, luka jahitan pun masih belum sembuh dan pelbagai pantang yang terpaksa diikuti adakalanya agak merimaskan.

 

Namun, kebanyakkan pantang larang yang diamalkan oleh orang tua kita mempunyai banyak faedah kepada ibu dan anak. Contohnya, berurut dan mengelakkan minuman berais memang sangat patut diikuti. Cuma pantang larang yang mengatakan ibu berpantang tidak boleh minum banyak air, adalah salah sama sekali.

 

Ini kerana, ibu yang berpantang sangat memerlukan pengambilan air yang banyak. Menyusukan anak memerlukan air yang banyak untuk tubuh ibu, bagi menghasilkan pengeluaran susu yang mencukupi. Jika air tak cukup, susu juga akan sedikit. Jadi tak hairanlah mengapa ramai ibu yang merungut susu tak ada semasa dalam pantang. Anda juga akan berasa kerap haus semasa menyusukan anak. Turuti rasa dahaga anda, dan minumlah air kosong atau suam secukupnya.

 

Selain itu, kurang air semasa berpantang boleh sebabkan jangkitan. Bagaimana berlaku? Ini kerana, apabila ibu kurang air, kawasan faraj dan pundi kencing menjadi kering, ibu akan kurang buang air dan air kencing juga menjadi akan kotor. Apabila ini berlaku, jangkitan kuman pada faraj dan pundi kencing akan berlaku dan jika tidak dirawat ia boleh merebak masuk ke dalam darah sehingga memudaratkan organ lain dan membawa maut!

 

Menurut Dr Sufiah Sulaiman, Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), imunisasi ibu dalam pantang sangat lemah.. jika diambil mudah penjagaan dan kebersihan diri, jangkitan kuman sangat mudah terjadi. Pastikan ibu sentiasa menukar tuala wanita dengan kerap, menjaga luka jahitan dengan baik, mengambil pemakanan seimbang dan paling penting dapatkan air secukupnya. Sekiranya anda mendapati jangkitan berlaku, cepat dapatkan rawatan doktor dan ambil antibiotik bagi mencegah komplikasi lain.

 

Kesimpulannya, pengambilan air yang mencukupi sangat penting bagi ibu berpantang. Janganlah kerana mitos  minum air banyak dalam pantang menyebabkan perut buncit dan menggeleber, anda sanggup dedahkan diri anda pada bahaya jangkitan kuman. Bukan sahaja anda terdedah pada jangkitan, bayi anda juga pastinya ‘menderita' kerana tidak mendapat susu ibu secukupnya. Fikir-fikirknlah.. Saya pasti anda tahu apa yang terbaik buat anda dan si manja tercinta..

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

One comment on “Kurang Air Semasa Berpantang Boleh Sebabkan Jangkitan?

  1. Hamidah Burham on said:

    Betul tu. Saya setuju.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: