House

Tips Banyakkan Susu Ibu


Tips Banyakkan Susu Ibu

Ibu mana tak mahu menyusukan anak sendiri. Naluri keibuan pasti mahu memeluk dan merasa anak menyusu dan membesar dengan susu badan sendiri. Namun bukan semua ibu “bernasib baik”. Ramai yang menyatakan susu tiada, dan beberapa faktor lain mengganggu. Apa tips banyakkan susu ibu yang boleh membantu anda?

 

Tips Banyakkan Susu Ibu

 

1) “Roaming in” dengan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Pesan dengan nurse bertugas yang anda mahukan susukan bayi anda sebaik sahaja melahirkan. Elakkan penggunaan botol mahupun sudu selepas kelahiran, kecuali keadaan benar-benar tak mengizinkan. Jika anda bersalin di Hospital Rakan Bayi, bayi anda akan diberikan kepada anda setengah jam selepas kelahiran untuk disusukan.

 

2) Susukan bayi dengan kerap atau sebaik sahaja diminta. Jika bayi anda meminta susu setengah jam sekali, berikan sahaja susu, jangan tambah dengan air masak atau makanan pejal.

 

3) Jika bayi anda kerap tidur dari menyusu, kejutkan setiap 2-3 jam sekali. Masa bayi tidur, manfaatkan dengan mengepam susu. Lebih kerap anda mengepam / kosongkan payudara anda, lebih banyak susu akan dihasilkan. 

 

4) Minum air kosong atau air masak 3-4 Liter sehari. Air manis tak kira ya. Sukat pengambilan air kosong anda dengan menggunakan botol atau tupperware. Contoh gunakan botol 1.5 Liter, pastikan anda habiskan minimum 2 botol ini setiap hari. Lebih banyak, lebih bagus. Kenapa perlu minum banyak air? Kerana jika air kurang, badan anda tidak mampu menghasilkan susu yang cukup untuk bayi anda. Ini kerana antara komponen terbesar dalam susu ibu adalah air. Jadi, jangan amik remeh pengambilan air ya.

 

5) Bagi ibu yang bekerja, mulakan mengepam semasa pantang lagi. Dan teruskan mengepam setiap 3 jam sekali pada waktu pejabat. Jika sibuk sangat, pastikan anda pam sekurang-kurangnya 2x sehari. Sesi pam 3x di pejabat adalah yang terbaik.

 

6) Jika susu anda mengalami masalah dan merudum teramat sangat, amalkan POWER PUMPING selama seminggu. Teknik power pumping ini sangat-sangat membantu. Sila klik DI SINI untuk detail lanjut.

 

7) Jangan stress!!! Emosi sangat mempengaruhi pengeluaran susu. Jika anda stress, susu juga tidak dapat dihasilkan dengan baik. Bertenang dalam setiap keadaan, dan yakin anda mampu menghasilkan susu yang cukup untuk si manja anda.

 

8) Jika anda ibu bekerja dan sibuk, tak dapat mengamalkan pemakanan seimbang,  ambil lah SUPLEMENT PENYUSUAN supaya tubuh anda kekal sihat dan fit untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan banyak untuk bayi anda.

 

9) Banyakkan membaca dan mencari ilmu penyusuan. Semua ini dapat mebantu anda menyusukan bayi anda secara eksklusif dengan lebih baik. Jika anda ibu muda yang bekerja, di sini ada informasi tentang CARA PENYIMPANAN SUSU IBU.

 

10) Berdoa kepada Allah supaya tambahkan rezeki susu untuk bayi kita. Siapakah yang lebih layak kita meminta, selain daripadaNya..

 

 

Mudah-mudahan 10 Tips Banyakkan Susu Ibu ini dapat membantu anda menjalani saat-saat manis penyusuan dengan si manja anda. Untuk lebih banyak TIPS PENYUSUAN, sila klik DI SINI.

 

Untuk menghubungi saya, sila:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 comments on “Tips Banyakkan Susu Ibu

  1. Mama Qhayra on said:

    mohon share ya kakak 😀

  2. Naluri ibu mesti suka senang hati bila baby dapat minum susu banyak lancar gitu kan kak Farah.. ^_^

  3. tq admin perkongsian yang menarik dan berinformasi….mcm saya sndri sy ada minum susu wildan mama premium..masa susu xbyk dulu sy ada try bg susu formula. kena bancuh sehari dalam 4-5 botol..bila susu dh byk ni bancuh 2 botol pun bayi sy dh kenyang…
    ni pengalaman sy sendiri la…

    Salam Sayang,

    Babysuri.com

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: