House

Tips Mengurangkan “Morning Sickness”


Tahniah! Anda disahkan mengandung! Perasaan gembira seorang ibu yang bakal menimang cahaya mata memang tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Namun, setiap kegembiraan ada cabarannya.. “Morning sickness” ialah sesuatu yang ‘mengganggu' ramai ibu pada awal kehamilan.. Namun, saya ada kongsikan tips mengurangkan morning sickness ini di artikel di bawah..

 

Mabuk, loya, pening di awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Kehidupan normal anda akan ‘berhenti' sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Redha dan anggaplah ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.

 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

 

Sabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” (Hadis riwayat al-Hakim)

 

Besar pahala ibu yang sedang mengandung ini, selain mendapat pahala daripada setiap kesakitan yang ibu alami, sewaktu melahirkan anak segala dosa si ibu akan di ampunkan Allah yang maha pengampun. Yang penting, kena sabar dan redha.

 

Kembali kepada tajuk kita, sebenarnya tidak ada satu kaedah mahupun cara yang boleh menghilangkan rasa mabuk/loya/muntah diawal kehamilan, cuma kita boleh meredakan perasaan yang sungguh kurang selesa ini. Ini adalah kerana di awal kehamilan, badan menghasilkan hormon yang menyebabkan kita merasa mabuk/loya.

 

Mabuk kehamilan kebanyakkannya bermula seawal minggu ke 6 kehamilan dan berakhir hingga lewat minggu ke 16. Tetapi ada sebahagian wanita yang mengalami muntah/loya ini sehingga minggu terakhir  masa untuk bersalin.

 

Berikut ialah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan morning sickness ini ya..

 

1. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu. Ini kerana pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan.

 

2. Selain itu, amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam – optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. InsyaAllah, ia akan dapat menghilangkan rasa muntah/loya anda diwaktu pagi.

 

3. Sekiranya anda berasa loya, asam dapat mengurangkan rasa loya anda. Selain itu, buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya atau pening-pening.

 

 4. Cuba amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Selain itu, anda juga boleh mencuba memakan kismis. Insya Allah, mabuk akan kurang.

 

5. Legakan perut anda dengan memakan makanan yang berhalia seperti minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh. Ia dapat meneutralkan asid yang berada didalam perut.

 

6. Anda juga boleh sediakan biskut kering seperti crackers ataupun makanan ringan kesukaan anda di tepi katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, anda boleh makan biskut tersebut kerana ia akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah supaya ia tidak terlalu rendah.

 

7. Jauhkan diri anda daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan yang boleh membuatkan anda berasa muntah/loya.

 

8. Selain itu, elakkan pengambilan makanan yang berminyak, makanan manis seperti kek, coklat dan sebagainya yang boleh mendatangkan rasa muntah/loya.

 

9. Penting untuk anda meminum 10 gelas air sehari untuk mengelakkan dehidrasi. Hal ini kerana, wanita yang mengalami dehidrasi akan berasa mual dan terasa ingin muntah.

 

10. Ambillah vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.

 

11. Selain itu, anda juga boleh mengambil SUPPLEMENT terutamanya vitamin B6 yang dikenali sebagai “morning sickness magic” yang terbukti membantu untuk mengurangkan rasa loya atau muntah.

 

Bersabarlah menghadapi kesukaran yang dilalui dan bersedialah untuk mengalami sebarang perkara ketika hamil kerana di sebalik setiap kesukaran, pasti ada ganjaran.

 

Kesukaran itu sudah pun dikenal pasti sebagaimana diterangkan di dalam al-Quran daripada surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

 

“Dan Kami berpesan kepada manusia supaya membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya yang mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Tempoh hamil sampai selepas penyusuan ialah tiga puluh bulan sehingga apabila ia sampai pada peringkat dewasa dan meningkat usia empat puluh tahun ia pun berdoa: Wahai Tuhanku! Dorongkan aku supaya mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku mengerjakan amalan soleh yang Engkau redhakannya dan kurniakan kesolehan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin.”

 

Mudah-mudahan anda mendapat sedikit manfaat dari artikel ini.. Klik share dan kongsikan dengan rakan-rakan anda lain yang mengandung juga. Mudah-mudahan membantu mereka juga..

 

Untuk mencuba Suplement yang membantu mengurangkan morning sickness ini, sila klik DI SINI dan boleh hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: