House

Tips Penyusuan Paling Penting


Breastfeeding oh breastfeeding.. Mana ada ibu yang tak nak menyusukan anak.. semua ibu nak menyusukan anak, cuma dapat atau tidak je.. ada ibu yang beritahu mereka memang ditakdirkan tiada susu, betul ke? Apa tips penyusuan paling penting sebenarnya?

 

Untuk menjayakan penyusuan, apa tips penyusuan paling penting?

  • Pam kerap?
  • Minum air kosong banyak?
  • Demand and supply?

Atau ada lagi lebih penting?

 

Yang sebenar-benarnya, tips penyusuan paling penting ialah ILMU PENYUSUAN. Ramai ibu yang mengabaikan ilmu ni, kerana beranggapan, bersalin nanti naluri keibuan tu akan memandu kita menyusukan anak.. Bak saya beritahu tadi, semua ibu nak menyusukan anak. Tapi berapa ramaikah yang berjaya?

 

Justeru, ketahuilah bahawa perkara yang paling penting dalam penyusuan ni ialah ILMU. Bila kita tahu kenapa susu lambat dihasilkan sebaik sahaja dilahirkan, kenapa bayi yang baru lahir tidak boleh menggunakan botol susu, kenapa perlu pam sekerap yang mungkin, kenapa perlu minum air banyak, walhal mak-mak kita melarang minum banyak air dalam pantang.

 

Adakah susu ibu cukup.. adakah bayi kenyang.. perlu ke bagi air masak pada bayi.. semua persoalan-persoalan ini perlu kita fahami supaya kita tak cepat menggelabah, tak melatah dan mendengar cakap orang yang bayi tak kenyang dengan susu ibu dan sebagainya. 

 

Bila kita berilmu, kita akan dapat meneruskan penyusuan ibu secara eksklusif dengan tenang. Teringat masa menyusukan anak kedua.. ibu saya selalu bertanya ” Cukup ke susu tu, campurlah susu formula, baru anak kenyang”. Walaupun ibu sendiri menyuruh saya campur susu supaya cucu dia kenyang, saya bertegas tak mahu. Nak salahkan ibu saya pun tak boleh, sebab pada zaman dia dilahirkan dulu, mereka tidak dididik dan terbiasa dengan penyusuan ibu secara eksklusif ni.

 

Jadi, untuk ibu-ibu di luar sana, perkara paling utama, penuhkan ilmu di dada dengan ilmu penyusuan. Banyakkan membaca buku, search tips penyusuan di internet, tanya mereka yang berpengalaman menyusukan bayi, dan apa cara sekali pun supaya kita boleh dan mampu menyusukan anak kita sendiri.

 

Mudah-mudahan anda yang membaca ini berjaya menyusukan bayi anda secara eksklusif, dan bagi yang belum ada rezeki menyusukan anak sebelum ni, insyaAllah, tanamkan azam supaya anak yang bakal dilahirkan dapat disusukan dengan susu kita sendiri.

 

Untuk lebih banyak Tips Penyusuan, sila klik DI SINI

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar untuk mendapatkan updates dan pelbagai INFO PERCUMA

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: