House

10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam


10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam – Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang selalu berusaha untuk mendidik anak mereka agar menjadi anak yang soleh, beriman dan berakhlak mulia. Cara mendidik anak yang salah dapat berakibat buruk pada pembentukan karakter anak, meskipun ada faktor lain diluar keluarga yang dapat mempengaruhi perkembangan mereka.
 
 
Menurut Islam tugas memelihara anak kita agar menjadi anak yang beriman adalah wajib, seperti yang tercantum dalam Firman Allah Dalam Quran Surah At Tahrim ayat 6, dengan terjemahan: 
 
” Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”.

 

Ada beberapa kesalahan yang harus kita hindari dalam mendidik anak menurut islam agar anak dapat membesar menjadi anak yang beriman, soleh dan berakhlak mulia. Berikut 10 kesalahan mendidik anak menurut Islam.
 
1. Memberi didikan yang tidak seimbang
Tidak seimbang antara didikan jasmani (fisik), rohani (keagamaan) dan keilmuan. Ramai ibu bapa yang lebih mementingkan pendidikan ilmu (misalnya matematik, bahasa inggris, dll) daripada pendidikan keagamaan.
 
2. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak ketika kita marah kerana kesalahan yang diperbuat anak. Janganlah kita membandingkan anak kita dengan saudaranya atau anak orang lain.
 
3. Tidak tegas dalam mendidik anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian yang positif bagi anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa memperhatikan perasaan mereka.
 
4. Kurang mengawasi TV ataupun video yang ditonton anak.
Pengawasan terhadap apa yang ditonton anak sangat penting, kerana ketika ini banyak rancangan TV menonjolkan akhlak yang kurang baik, seperti pergaulan bebas, pakaian yang tidak sesuai dengan akidah, agama dan perbuatan yang tidak sesuai ditonton anak-anak.
 
5. Tidak mengajarkan kebiasaan yang baik di rumah 
Tidak pernah mengajar anak untuk memberi dan membalas salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. 
 
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak.
Rasulullah sering membelai cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.:
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Agra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Agra' : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Agra' kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan ditanyakan mengenai anak-anak ketika di akhirat kelak. Oleh kerana itu menjadi kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
 
8. Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
 
9. Penampilan diri yang kurang baik dan kurang pantas.
Terdapat juga ibu bapa yang tidak menunjukkan contoh berpakaian yang baik di depan anak-anak, contohnya memakai pakaian yang tidak menutup aurat mahupun berpakaian seksi di rumah.
 
10. Membiarkan orang yang tidak baik sikap dan perbuatannya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
Hal ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak.
 
Demikianlah 10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam yang patut kita hindari sebagai ibu bapa yang berkewajiban mendidik anak kita menjadi anak yang beriman, soleh dan berakhlak mulia. Semoga artikel ini dapat menjadi tips yang berguna bagi anda semua.
Lebih banyak TIPS IBU BAPA MENDIDIK ANAK ada DI SINI.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3 comments on “10 Kesalahan Mendidik Anak Menurut Islam

  1. Mendidik anak zaman skrg mmg mencabar kan. 🙂

  2. Saya baru saja membuat blog tentang pendidikan anak-anak…

    Mudah-mudahan saya bisa mendapat banyak masukan dari saling sharing…

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: