House

40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak


Salam Jumaat buat semua pengunjung blog kesayangan saya nie.. Hari ni saya nak  berkongsi sebuah artikel yang sangat berguna untuk panduan diri saya sendiri dan mungkin anda juga ~ Kesilapan Ibu bapa Dalam Mendidik Anak. Semoga menjadi panduan berguna untuk kita semua..

 

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah kamu siapakah orang yang mandul. Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak”. Lalu Rasulullah SAW berkata ” Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak memberi kemanafaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia” (Maksud Al Hadis)

 

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

 

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

 

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk kita semua..

 

Sila klik LIKE di Fanpage saya di sebelah kanan blog / Add Fb saya FARAH SHAKLEE untuk mendapat update terkini dan HARGA ISTIMEWA yang sedang berlangsung

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

2 comments on “40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

  1. Pingback:40 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak | Fuh.My

  2. MasyaAllah, menarik jugak ni. Some points bukan budak je yang patut buat, kita yang tua pun kena mulakan dulu.Thanks for sharing.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: