House

Bayi Enggan ‘Direct Feed’ Bukan Alasan Susu Formula


Salam Tahun Baru kepada semua.. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk memberi yang terbaik untuk orang-orang tersayang. Artikel ini ditujukan buat semua ibu-ibu muda yang kurang pengalaman menyusu, di mana sedikit sebanyak diambil dari pengalaman saya sendiri juga..

Fitrah setiap anak yang dilahirkan berbeza. Ada anak yang lahir je terus minum susu ibunya tanpa banyak cerita. Ada juga anak yang sejak lahir lagi, enggan menyusu badan dan saya percaya semua ibu yang mengalami masalah ini akan panik, dan jika tak ada pengalaman, susu formula lah penyelesaiannya..

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini, anda haruslah terlebih dahulu menggunakan pelbagai cara dengan memujuk bayi anda terlebih dahulu sebelum memberikan botol susu. Cakap dengan nada lembut pada bayi, katakan padanya susu ibu yang terbaik untuknya agar tetap sihat.. dan boleh juga dodoi-dodoikan dia terlebih dahulu sebelum memberikannya minum melalui payudara anda. Jika bayi anda mengamuk, tenangkannya dahulu, bawa bayi berjalan-jalan sekejap dan cuba lagi. InsyaAllah, dengan sedikit masa dan pujukkan bayi boleh direct feed mengikut fitrahnya.

Namun, sekiranya bayi tetap enggan, anda boleh pam susu dan masukkannya ke dalam botol susu. Cara ini ialah cara terakhir kerana dipercayai botol susu mengganggu penyusuan bayi secara eksklusif. Kenapa?? Kerana hisapan bayi tak akan sama dengan mana-mana pam di luar sana, dan hakikatnya ibu harus bekerja keras dan kuat semangat untuk meneruskan penyusuan bagi bayi tersayang..  Dan untuk makluman anda, ibu-ibu ini digelar EP MOM (Exclusicely Pumping) 

 

TIPS untuk ibu-ibu yang bayinya enggan direct-feed:

  • Pam setiap 2 jam sekali secara konsisten. Walaupun dapat sedikit bagi setiap sesi, pastikan anda terus mengepam supaya susu dapat dihasilkan cepat dan semestinya anda sangat perlukan stok ini buat bayi anda. Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit
  • Mulakan mengumpul stok seawal dari pantang lagi.
  • Minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 3L sehari dan lebih. Ini kerana salah satu komponen utama susu ibu ialah air dan protein. Jika air dalam badan ibu kurang, mana mungkin ibu dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi
  • Pastikan ibu mengambil makanan berzat dan tinggi protein seperti ikan, ayam, telur, susu, kekacang, keju dan tauhu. Dan pastikan semua makanan ini dimasak sempurna bagi menjamin protein di dalamnya masih ada.
  • Jika ada kemampuan, belilah double pam atau sekurang-kurangnya pam elektrik, sebab anda perlu berkejar masa pam susu, dalam pada masa yang sama menyusukan bayi di masa yang berbeza.
  • Amalkan zikir Ya Matin sepanjang masa dan semasa pam susu.. Dan jangan lupa minta pada Yang Esa agar Dia terus memberikan rezeki yang tak putus-putus pada bayi anda
  • Dan akhir sekali, ambillah supplement untuk kesihatan badan anda. Jika anda sihat, barulah tubuh anda bersedia menghasilkan susu yang banyak serta berkhasiat.
Semoga semua EP Mom berjaya meneruskan perjuangan menyusukan bayi secara eksklusif, dan sekadar berkongsi testimoni dengan anda bagaimana supplement shaklee berjaya membantu seorang EP Mom meneruskan penyusuannya.. Alhamdulillah..
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah.. walaupun semasa dalam pantang ibu ini telah memberi 89% peratus susu formula kepada bayinya, namun dengan semangat yang tinggi dan usaha beliau mengepam, ditambah dengan supplement shaklee, kini beliau dapat menyusukan bayinya sepenuhnya. Bukan itu sahaja, stok susunya juga sangat banyak sampai penuh satu freezer. Alhamdulillah, usahanya membuahkan hasil..
Berminat mencuba supplement Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan harga bagi setiap produk ~ farahshoppe@gmail.com / 019-6657 302

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

2 comments on “Bayi Enggan ‘Direct Feed’ Bukan Alasan Susu Formula

  1. Azeri Ishak on said:

    brp hrga set 3m

  2. ayuz on said:

    assalam kak..sy nk tny skit ni..baby sy skun dh nk msuk 4 buln..ank sulung..tp mse dlm pantang 2 mggu tu je baby mnyusu..klu sy bgi susu badan dia isap kejp pas2 terus menangis mcm sakit2..dia xnk isap last2 sy trus bagi susu formula smpai skun..klu sy nk start mnyusu balik boleh ke??set mn yg elok utk sy??sbb susu sy dh xde skun..akak pm harga skali yer..tq

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: