House

Cara Berkomunikasi Dengan Anak..


Anak-anak adalah permata hati yang paling berharga. Ada masanya kita tertanya sendiri, kenapa anak kita berperilaku sedemikian rupa, tanpa kita sedari yang cara berkomunikasi dengan anak banyak mempengaruhi personaliti mereka.. 

 

Anak belajar menerima maklumat daripada orang yang telah dewasa. Orang dewasa mengisi otak anak yang masih kosong dengan ilmu dan kemahiran. Anak belajar kerana otaknya belajar. Otak yang belajar akan membangun. Saluran anak belajar adalah dengan pancainderanya iaitu lihat, dengar, sentuh, bau dan cita rasa.

 

Oleh itu, cara berkomunikasi dengan anak sangat penting dititik beratkan bagi membentuk anak yang baik, soleh solehah dan mengikut acuan yang ibu bapa ingini.. Jom lihat beberapa tips di bawah..

 

  1. Apabila bercakap dengan anak tentukan anak melihat mata kita dan kita melihat mata anak dengan menggunakan teknik mata bertemu mata. Penting dalam situasi ini untuk memberi perhatian penuh dan tidak berbelah bagi. agar kita dapat membuat komunikasi yang berkesan dengan anak-anak. Sekiranya mereka mempunyai masalah cuba bertenang dan selepas itu tawarkan penyelesaian yang positif kepada mereka.
  2. Air muka, gerak-geri dan nada suara yang digunakan mestilah mewujudkan suasana tenteram, selamat dan disayangi. Wujudkan suasana yang ceria ketika berkomunikasi dengan anak. Air muka seperti senyuman mahupun berkerut dahi banyak member kesan dalam sesuatu komunikasi.
  3. Perkataan yang digunakan mestilah lembut dan jelas. Sejak kecil lagi kita juga telah dididik oleh ibu bapa kita untuk bercakap perkara yang baik dan menghindari perkataan buruk dan keji. Lakukan perkara yang sama kepada anak anda. Perkataan juga mestilah bertujuan untuk menyampaikan rasa sayang, meningkatkan silaturrahim dan meyampaikan ilmu.
  4. Elakkan perkataan-perkataan yang menjatuhkan air mukanya, kerana ia boleh menyebabkan anak berasa tidak selamat, tidak disayangi, marah atau terancam. Berilah kata-kata motivasi, kata-kata yang baik kepada anak-anak supaya mereka sentiasa bersemangat dan kuat dalam menghadapi sebarang masalah.
  5. Beri peluang anak bercakap dan apabila dia bercakap, kita mestilah mendengar dengan penuh ceria. Bergilir-gilirlah semasa bercakap, dan beri mereka peluang untuk memulakan perbualan. Mereka perlu belajar untuk mendengar di samping belajar untuk bercakap.
  6. Hindari mengucapkan kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai ungkapan rasa marah dan kecewa. Anak akan belajar menjadi pendengar yang baik dan percaya pada apa yang anda katakan bila anda berbicara dengan benar, jujur, dan tenang. Rasa percaya dan menghormati datang dari kejujuran dan ketulusan. Bila anda tidak bersungguh-sungguh, jangan katakan hal yang tidak perlu anda katakan.
  7. Sentiasa mewujudkan suasana anak boleh mempercayai kita dan kita juga mempercayainya. Hal ini akan membuat anak yakin, mahu membantu, sekaligus memberi kesempatan pada anda untuk masuk ke dalam dunianya.
  8. Beri dia galakan dan rangsangan. Bila anak percayakan anda dan ceritakan pada anda, mereka harus merasa lega, merasakan sokongan anda, dan bersemangat. Jangan buat mereka merasa bersalah atau kecewa. Bila anak datang kepada anda dan menceritakan masalah yang dihadapinya, dengarkan dengan penuh perhatian dan beri sokongan serta semangat melalui kata-kata.
  9. Jangan menuduh dan menyumpah dengan perkataan negatif seperti jahat, degil, bodoh dan lain-lain. Hindari mengucapkan kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai ungkapan rasa marah dan kecewa. Anak akan belajar menjadi pendengar yang baik dan percaya pada apa yang anda katakan bila anda berbicara dengan benar, jujur, dan tenang. Rasa percaya dan menghormati datang dari kejujuran dan ketulusan. Bila anda tidak bersungguh-sungguh, jangan katakan hal yang tidak perlu anda katakan.
  10. Cintai anak anda. Katakan pada anak anda selalu, betapa anda menyayanginya dan tunjukkan perlakuan yang penuh kasih sayang. Beri ia perhatian, persis seperti saat ia masih bayi yang belum tahu apa-apa. Perlihatkan padanya, bagi anda tidak ada yang lebih penting selain berada bersamanya.
  11. Ibu bapa dan penjaga juga mesti menjadi contoh teladan. Bila Anda mengatakan atau melakukan sesuatu yang mungkin tidak seharusnya dikatakan/dilakukan, jangan ragu atau malu meminta maaf pada anak. Akui bahawa anda pun hanya manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan. 

 

Sekiranya ibu bapa boleh mengikut panduan ini, insya Allah, kita akan dapat meningkatkan motivasi anak belajar dan meneroka dunia yang luas serta kaya dengan ilmu. Mudah-mudahan usaha-usaha itu akan membolehkan dia hidup bahagia di dalam dunia yang lebih mencabar ini..

 

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini mendapat manfaat buat diri kita semua, insyaAllah..

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: