House

Tips Luka Bersalin ‘Caesar’ Cepat Sembuh


Salam semua.. hari ni saya kita nak share tentang tips luka bersalin caesar cepat sembuh. Bagaimana nak memastikan luka bersalin caesar ni cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan, mahupun terbuka jahitan? Berikut ialah beberapa tips yang ibu boleh amalkan..

 

  1. Tips paling penting ialah memastikan luka sentiasa kering. Selepas mandi, pastikan luka di lap sehingga kering dengan kain yang lembut, bukannya tisu. Dari masa ke semasa pula, pastinya ibu berpeluh, pastikan kawasan luka sentiasa kering, sama ada dari peluh atau air mandian. Luka yang lembap akan menyebabkan jangkitan mudah berlaku. Justeru ibu perlu pastikan kawasan lukanya sentiasa kering agar luka cepat sembuh. 
  2. Elakkan menyapu sebarang ubat traditional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Minyak gamat atau minyak traditional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu.
  3. Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja membasuh di bahagian luka. 
  4. Elakkan aktiviti lasak pada seminggu pertama kelahiran. Aktiviti naik tangga mahupun membongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti harian
  5. Elakkan mengambil ubat traditional sebarangan. Dapatkan nasihat doktor, kerana bukan semua ubat traditional sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan otot rahim.
  6. Susukan bayi anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin, bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.
  7. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi, multivitamin dan zinc. Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa pembedahan. Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh, manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Jika anda tak pasti makanan mana yang kaya dengan zat besi dan zinc, anda bolehlah mengambil SET BERSALIN SHAKLEE yang lengkap dengan semua zat tersebut. InsyaAllah, luka anda cepat sembuh.

 

Nak tau detail Set Bersalin Shaklee? Sila klik DI SINI ya..

 

Dan ini pula testimoni beberapa ibu yang berpuas hati dengan Set Bersalin Shaklee nie..

 

set pantang + ESP 2

 

 

Alhamdulillah, Set Bersalin Shaklee memang membantu ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. Namun, jika anda bersalin secara normal, anda juga boleh mengambil set ini ya..

 

Dan untuk penyusuan pula, anda boleh mengambil ESP sebagai suplement penyusuan. Semestinya membantu susu anda lebih meriah, dan jika anda ibu bekerja, ESP sangat membantu anda menyimpan stok buat bayi tersayang..

 

Untuk melihat lebih banyak testimoni Set Bersalin, sila klik  DI SINI.

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.