House

Cara Mandikan Bayi Anda Dengan Betul


Menjadi seorang ibu baru memang tak mudah. Banyak pelajaran baru yang harus dipelajari ibu untuk menjaga permata hati hati dengan baik. Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?

 

Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri. Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa, berasa cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi.

 

Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali pusat bayi masih belum tanggal. Mandi kali yang pertama mungkin menimbulkan keadaan tidak kena bagi kedua2 pihak. Bayi mungkin meragam dan anda pula mungkin rasa tidak yakin. Tetapi lama kelamaan nanti semua ini akan lenyap sebaliknya ia akan berganti menjadi saat-saat yang menyeronokkan.

 

Berikut ialah apa cara mandikan bayi anda dengan betul:

 

1. Persediaan barang-barang untuk mandian Barang-barang seperti tab/besen mandian, sehelai tuala besar yang lembut, bebola kapas, syampu bayi, mandian bayi, losyen, bedak, persalinan pakaian dan lampin, pembersih tali pusat dan minyak bayi. Barang di atas hendaklah disediakan sebelum kita memandikan bayi untuk mengelakkan kelam kabut kerana sesetengah bayi akan menangis ketika dimandikan.

Perlu diingatkan, air mandian perlulah dengan suhu yang tidak terlalu panas, hanya suam-suam kuku sahaja. Suhu air mandi seharusnya sekitar 37 darjah C (suhu badan).

 

2. Pilihlah masa yang sesuai dan pilih masa yang sama setiap hari. Masa yang sesuai untuk mandikan bayi ialan dari pukul 10 pagi dan pukul 5 petang. Semasa memandikan bayi anda sepatutnya tidak ada gangguan dan berasa senang hati. Elak mandikan bayi ketika bayi terlalu kenyang kerana bayi mungkin akan muntah ketika mandi. Pastikan suhu persekitaran yang selesa- tutup kipas/tinggikan suhu penghawa dingin untuk elak kesejukan.

 

3. Cara mandikan bayi juga penting:

  • Bercakaplah dengan bayi anda ketika memandikannya untuk memberi sedikit ketenangan. Tanggalkan pakaian dan balut badan dengan tuala. Jangan tanggalkan lampin dahulu.
  • Cuci muka bayi. Mulakan dengan membersihkan muka bayi. Basahkan bebola kapas dengan air suam yang bersih. Gunakan bebola kapas yang berlainan untuk setiap mata. Kesat dari sudut sebelah dalam membawa ke luar. Kemudiaan kesat sekeliling mulut dan lap muka bayi dari bahagiaan tengah membawa ke luar. Beri perhatiaan kepada bahagian di sebalik telinga dan lipatan di leher.
  • Cuci rambut bayi. Dengan bayi masih berbalut dengan tuala, Kendong bayi dengan cara memegang tengkuknya sambil menyokong kepalanya dengan tangan dan badannya dengan lengan.
  • Basahkan rambut dengan sebelah tangan yang lain dan lumurkan rambutnya dengan sedikit syampu bayi, perlahan-lahan urut seluruh kepala.
  • Bilas syampu dengan rapi supaya betul-betul bersih dan baringkan bayi dan kesat kepalanya perlahan-lahan hingga kering
  • Bersihkan badan bayi, tanggalkan tuala dan lampin. Jika bayi membuang air besar cuci punggungnya dahulu sebelum masukkannya ke dalam tab/besen. Pastikan suhu air di dalam tab adalah suhu yang sesuai. Anda boleh rasa dengan siku anda sebelum meletakkan bayi anda ke dalam tab mandian bayi.
  • Masukkan bayi dalam tab menggunakan pegangan/cekak yang selamat. – Sebaik sahaja masuk dalam air kaki bayi bolehlah dilepaskan tetapi tangan anda yang sebelah lagi mestilah memegang bayi di bahagian lengannya. Rujuk gambar di bawah:
  • Gunakan tuala muka untuk membersihkan bayi. Pastikan semua lipatan kulit dicuci. Semasa mengeluarkan bayi dari tenpat mandi hendak lah diingatkan badannya basah dan licin jadi kuatkan pegangan anda. Balut badan bayi dengan tuala segera dan lap hingga kering
  • Untuk jagaan tali pusat, basahkan bebola kapas dengan spirit dan bersihkan di sekeliling pangkal tali pusat. Spirit akan mengeringkan tali pusat. Jika kawasan tersebut sentiasa kering maka lebih cepatlah tali pusat akan tanggal.
  • Lampinkan bayi. Sapukan losyen, krim atau bedak cornstarch pada punggung bayi supaya terhindar dari basah dan ruam lampin.
  • Kemaskan rambut dan pakaikan pakaian. Pakaikan bayi anda dengan salinan pakaian yang telah anda sediakan. Sekarang boleh lah kemaskan rambut bayi dengan berus rambut.
  • Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda dalam besen atau tab tanpa kawalan. Sediakan semua yang anda perlukan untuk memandikan bayi anda sebelum bermula, iaitu tuala-tuala, sabun dan lain perlengkapan mandi, lampin yang bersih dan baju tidur, di tempat yang senang untuk dicapai. Jika ada orang yang mengetuk pintu atau jika telefon berbunyi dan anda merasakan anda perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia dengan tuala dan bawa bersama anda. 

 

Mudah-mudahan tips ini berguna untuk semua ibu baru di luar sana..

 

Jom klik LIKE di Fanpage MommyIskandar untuk mendapatkan tips percuma tentang penyusuan, kehamilan, kecantikkan dan banyak lagi..

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: