House

Checklist Persediaan Barang Sebelum Bersalin


Alhamdulillah, cahaya mata yang ditunggu-tunggu bakal dilahirkan tak lama lagi. Pelbagai persediaan ibu dan ayah lakukan. Antara yang penting memastikan semua barang lengkap dan dibawa bersama ke hospital sebelum bersalin. Jadi, jangan pandang remeh Checklist persediaan barang sebelum bersalin. Nanti ada yang tertinggal pula..

 

Apa checklist persediaan barang sebelum bersalin? Jom kita tengok ya..

 

First Thing First!

 

3 ni adalah barang paling penting yang perlu dibawa:

  1. Kad merah atau kad check up bulanan ibu
  2. IC
  3. Handphone

 

Checklist Persediaan Barang Sebelum Bersalin 1 – Ketika Dalam Labour Room

 

Ketika dalam labour room, pastikan anda bawa barang-barang berikut. Tak perlu banyak, memadai secukupnya sahaja.

  1. Baju baby lengan panjang-1
  2. Mitten n booties-1
  3. Pampers-at least 1
  4. Lampin – 1
  5. Tuala baby – 1
  6. Stokin ibu – 1
  7. Towel kecil-1
  8. Surah dan doa-doa memudahkan bersalin. Print dan kelipkan skali.
  9. Kurma nabi 
  10. Air selusuh
  11. Air zam-zam
  12. Handphone

 

Checklist Persediaan Barang Sebelum Bersalin 2 – Ketika Dalam Wad

 

Untuk baby di wad:

  1. Pampers newborn. (bawa sebundle terus senang)
  2. Baju siang -4
  3. Baju malam -4
  4. Towel mandi
  5. Sapu tangan -5
  6. Mitten n booties -4
  7. Barut -4 
  8. Bedung -3
  9. Topi -2
  10. Set mandian dan grooming (pek kecil) 
  11. Baby Wipes dan Rubbert Sheet
  12. Bantal baby

 

Untuk ibu di wad:

  1. T-shirt -4 
  2. Sweater -1 (time sejuk)
  3. Stoking -2
  4. Kain batik -3
  5. Nursing bra -2
  6. Disposable panty -sepeket
  7. Maternity pad
  8. Towel mandi
  9. Selipar
  10. Toiletries
  11. Tisu
  12. Tudung -2 (senang yang awning main sarung je)
  13. Handphone
  14. Charger Handphone
  15. Plastik letak baju kotor
  16. Buku atau majalah penghilang bosan
  17. Minyak panas

 

Checklist Persediaan Barang Sebelum Bersalin 3 – Makanan dan Minuman

 

  1. Air minuman -3 botol yang 1.5liter
  2. Biskut
  3. Nestum
  4. Termos
  5. Tisu
  6. Cawan dan sudu
  7. Milo 3in1
  8. Roti
  9. Suplement atau vitamin selepas bersalin

 

Mudah-mudahan artikel ini membantu buat semua ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi. Banyak-banyakkan zikir dan tasbih Nabi Yunus, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan bersalin kita. Amin..

 

Sumber artikel dari SINI

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

One comment on “Checklist Persediaan Barang Sebelum Bersalin

  1. Thank for sharing. Lengkap.. Terima kasih sekali lagi.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: