Jangan Pandang Remeh Hb Rendah Semasa Hamil
Hemoglobin (Hb) rendah semasa hamil / anemia memang biasa dialami oleh ibu mengandung. Saya sendiri mengalami anemia semasa mengandungkan ketiga-tiga anak saya, malah ketika nak masuk ke labour room, doktor siap bagi arahan kat nurse, standby darah O. Masa tu dah lah sakit nak bersalin, doktor pula suruh standby darah, memang nervous la.. Jom kita tengok apa itu anemia..
Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang menghidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin
Punca kurang darah
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:
- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah.
Tahap keseriusan anemia:
Paras Hb (g/dl) – Tahap anemia
< 6.9 – Sangat teruk
6.9 < 8.0 – Teruk
8.0 < 9.5 – Sederhana
9.5 -10.5 – Ringan
Kesan bila dipandang remeh:
- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa maut
Cara Atasi
- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup
- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
Jika anda ibu hamil yang mengalami masalah anemia, Set J (Supplement Ibu Mengandung) mungkin boleh membantu..
Dalam set ini ada 4 vitamin, iaitu:
- Vitalea – multivitamin lengkap dengan zat besi. Jika anda dah ambil vitalea, obimin tak perlu ambil lagi
- Vitamin B – dilengkapi dengan 8 kumpulan B complex termasuk asid folic
- Vitamin C
- Kalsium
**Perhatian: Sekiranya anda mengambil set ini, obimin dan asid folic yang diberi oleh doktor tak perlu ambil lagi ya..
Di sini saya lampirkan testimoni ibu yang telah mencuba Set J;
Alhamdulillah.. syukur Set J membantu ibu-ibu hamil di luar sana menjadi lebih sihat dan Hb juga semakin meningkat.
Untuk melihat info lanjut tentang Set J, sila klik DI SINI
Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:
Call / Whatsupp: 019-6657 302
Email: farahshoppe@gmail.com
Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
Pingback:[TESTIMONIAL] Pengalaman Hb Rendah Semasa Hamil | Miracle Vitamins