House

Kelebihan Bulan Ramadhan


Kelebihan Bulan Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan.. Alhamdulillah bulan yang dinanti-nanti kunjung juga, Masih berpeluang kita menikmati bulan yang penuh pengampunan, penuh berkah dan penuh rahmah ini. Bulan yang penuh pengampunan.. Untuk lebih menghayati bulan mulia ni, marilah kita menghayati kelebihan bulan Ramadhan

 

Terlalu banyak kelebihan bulan Ramadhan. Sangat rugilah siapa yang tidak mengambil peluang, sebab tahun depan entah kita berkesempatan atau tidak untuk bertemu lagi Ramadhan ini. Berikut antara kelebihan bulan Ramadhan ni..

 

1) Amalan Soleh Berlipat Ganda

Amalan soleh dan ibadah kita dilipatgandakan oleh Allah dengan gandaan 10 hingga 700 kali ganda, kecuali puasa. Sabda Rasulullah S.A.W,

Maksudnya: “Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipat-gandakan, satu kebajikan dilipat-gandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk –Ku. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian misk.” (Riwayat al-Bukhari).

 

2) Ramadhan Bulan Pengampun Dosa

Bagi yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pengampunan Allah, insyaAllah Allah akan mengampunkan dosa-dosanya seperti dalam hadis di bawah:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari)
“Shalat yang lima waktu, dari jumat ke jumat, dan Ramadhan ke Ramadhan, merupakan penghapus dosa di antara mereka, jika dia menjauhi dosa-dosa besar.” (HR. Muslim)

 

3) Bulan di mana Pintu Syurga Dibuka dan Pintu Neraka Ditutup

Selebar-lebarnya pintu untuk kembali ke jalan yang lurus pada bulan Ramadhan dibuka bagi umat Islam. Sesuai hadis dibawah ini:

“Jika datang Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.” (HR. Muslim)

 

4) Penuh Keberkahan Di Bulan Ramadhan

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkah. Allah mewajibkan kamu berpuasa, karena dibuka pintu- pintu surga, ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan- syaitan, serta akan dijumpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak berhasil memperoleh kebaikannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu untuk selama-lamanya.” (HR Ahmad, An-Nasa’l, dan Baihaqi).

 

5) Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Hanya dalam bulan Ramadhan sahaja Allah memberi kita malam Lailatul Qadar ini. Satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam di mana doa diperkenankan, dan dosa-dosa diampunkan.

An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).

.

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”

(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Terlalu banyak kelebihan bulan Ramadhan selain yang saya kongsikan di atas. Jom sama-sama kita mengimarahkan bulan Ramadhan ini. Semoga amalan kita diterima Allah dan diampunkan juga semua dosa-dosa kita.. Amin..

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: