Resepi Bubur Lambuk Oatmeal Kurma
Sempena bulan Ramadhan ni, saya nak share satu resepi berbuka yang sihat. Kurang garam, minyak dan sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet atau yang menjaga kesihatan. Resepi Bubur Lambuk Oatmeal Kurma ni saya dapat dari Teacer Yun, cikgu diet saya dalam kelas The Boosters 30 Days Ramadan Challenge.
Cerita sikit kenapa nak kena makan makanan yang sihat ni? Atau dengan kata lain yang dah jadi trend sekarang “Eat Clean”?
80% berat badan kita dipengaruhi oleh makanan yang kita ambil. Jadi kalau kita tak control pemakanan kita dari segi minyak, garam dan gula, memanglah sangat susah berat badan nak turun bagi yang sedang berdiet. Bagi yang ada masalah kolesterol tinggi dan penyakit kronik pun kena control pemakanan tau dan ambil makanan yang sihat-sihat je.
Okay tanpa membebel panjang, jom tengok Resepi Bubur Lambuk Oatmeal Kurma.
Resepi Bubur Lambuk Oatmeal Kurma
- 1/2 cawan rolled oat
- 300 ml air
- 250 gm ayam yang telah dicincang (ambil bahagian dada)
- 1 batang carrot dipotong dadu
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 2 biji kurma yang dibuang biji dan dicincang
- Hiasan daun sup dan daun bawang
- Lada sulah dan lada hitam secukup rasa
- 1/2 sudu besar Olive Oil
Cara Memasak Resepi Bubur Lambuk Oatmeal Kurma
- Panaskan 1/2 sudu besar Olive Oil dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi
- Tumis sekejap ayam, kemudian masukkan air
- Campurkan carrot, kurma dan oat sehingga masak. Lebih kurang 10 minit.
- Akhir sekali perasakan dengan lada hitam dan lada sulah. Saya suka pedas jadi lada hitam tu agak banyak saya letak. Jika anda tak berapa suka pedas, letak sikit je ya, ikut selera masing-masing. Jika perlu letak secubit garam.
- Setelah masak, hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
Untuk yang pertama kali cuba, mesti tertanya-tanya sedap ke makan bubur oat ni? Macam tak lalu je tekak kan..? Cuba la dulu, resepi ni memang sedap. Tak rasa macam makan oat tau, rasa macam makan bubur nasi lambuk biasa je, cuma pastinya ia lebih sihat.
Masa penyediaan pun dalam 10-15 minit je.. Jom cuba, selain sedap, oat ni mengandungi tinggi serat dan boleh mengempiskan perut. Kata nak cantik bergaya Aidilfitri nanti.. Selamat Mencuba!
Leave a comment
Leave a Reply Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
sedap & sihat, tq share resepinya sis
Nurul menulis…Resepi Bubur Candil Keledek Ungu