House

Resepi ESP Banana Shake Yang Sedap


Resepi ESP Banana Shake Yang Sedap

Assalamualaikum.. hari ni saya nak berkongsi satu resepi ESP Banana Shake yang sedap. Bukan sahaja sedap, tapi sihat dan sangat berkhasiat tau. Sesuai untuk orang yang nak kurus, orang yang mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan orang yang sibuk. 

 

Kenapa sesuai untuk orang yang sibuk? Sebab penyediaannya tak sampai pun 5 minit. Kejap je dah siap. Mudah dan ringkas.

 

Kenyang ke minum ni je pagi-pagi? Tak lapar ke nanti? 

Alhamdulillah memang kenyang, sebab kita ada letak oat sekali. Oat memang mengenyangkan, ditambah pula dengan ESP yang membantu kenyang lebih lama. Ambil Shake ni comfirm bertenaga sampai tengah hari tau. Tak caye? Cubalah..

 

Jom kita tengok cara penyediaan Resepi Banana Shake Yang Sedap ni ya..

 

Resepi ESP Banana Shake Yang Sedap

 

Bahan-bahan yang perlu untuk membuat Resepi ESP Banana Shake yang sedap ni ialah:

  • Satu gelas air (lebih kurang 250 ml) – saya guna air sejuk dalam peti ais. Jika anda tiada air sejuk, boleh tambah 1/2 cawan ice cube 
  • Pisang sebiji je jika besar / 2 biji pisang kecil 
  • 1 sudu besar madu (pengganti gula)
  • 2 sudu besar oat
  • 2 sudu besar ESP 
  • 1 sudu besar Chia Seed (Optional)

 

Jika dilihat resepi ni simple je.. bahan-bahan pun yang biasanya ada di rumah kita kan? Chia seed kalau tak ada pun tak apa.. Nak tau apa fungsi Chia Seed? Boleh tengok di bawah ni:

  • Rasa lebih kenyang dan membendung tabiat snacking kerana ciri hydrophilic chia apabila direndam 
  • Tingkatkan tenaga dan mengelakkan perasaan mengantuk kerana kandungan serat chia ini 
  • Mengurangkan sakit sendi dan bengkak kerana khasiat Omega-3 dan antioksidan dalam Chia Seeds
  • Kualiti kulit lebih baik dan lebih lembut kerana khasiat Omega-3 dan antioksidan dalam Chia Seeds 
  • Meningkatkan pencernaan dan kesihatan metabolik kerana serat mudah larut chia yang bagus untuk bakteria perut

 

Ok jom tengok cara buat Resepi ESP Banana Shake yang sedap ni step by step:

 

bananashake3

Mula-mula patahkan dua pisang dan masukkan je dalam blender atau juice maker

 

 

bananashake4

Masukkan pula 2 sudu besar Oatmeal.

 

bananashake6

Masukkan 1 sudu besar madu. Gunakan sudu plastik untuk madu ya..

 

bananashake4b

Last sekali masukkan 1 sudu besar Chia Seed.

 

bananashake4a

Blend aje lah macam biasa. Kalau guna air suhu bilik, campur setengah cawan ice cube. baru sedappp..

 

bananashake5

Ok nie lah rupanya bila dah siap blender. Nampak sedap kan? Jom minum.. 

 

 

Mudah je nak buatnya.. Kalau nak rasa lebih lemak dan sedap boleh campurkan 150 ml susu rendah lemak sebelum blend ya.. InsyaAllah kenyang sampai ke tengah hari.

 

Pada anda yang dah cuba, boleh drop by komen yea.. Hidangan breakfast yang sedap lagi berkhasiat! 

 

Oh ya, bagi anda yang tak tahu apa khasiat ESP, boleh klik DI SINI

 

Bagi yang nak dapatkan ESP, jangan segan contact saya seperti di bawah. Harga terbaik untuk anda..

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.