House

Rambut Gugur Selepas Bersalin? Apa Puncanya???


Ramai ibu yang merungut, kenapa rambut mereka banyak gugur selepas bersalin. Dan rata-ratanya sangat risau, yelah rambut kita je yang memenuhi lantai rumah dan bilik air. Kalau orang-orang tua cakap, biasalah..bila bayi dah start menyembur, rambut ibu akan mula gugur.. Betul ke? Jom kita tengok senarionya..

 

Keadaan Normal:

  • Pada keadaan normal, 85%-95% rambut akan tumbuh dengan baik, manakala 5%-15% akan berada dalam keadaan rehat. Selepas keadaan rehat, rambut ini akan gugur semasa kita sikat, mandi atau syampu rambut. Rambut kita akan digantikan dengan pertumbuhan rambut baru. Purata rambut gugur sehari ialah 100 helai.
Semasa Mengandung:
  • Peningkatan hormon estrogen akan memanjangkan fasa pertumbuhan rambut. Hanya sedikit rambut berada dalam keadaan rehat dan sangat sedikit yang gugur. Justeru, masa kehamilan anda akan perasan yang rambut anda lebih lebat dan cantik dari sebelumnya.

Selepas Bersalin:

  • Hormon estrogen akan berkurang dan menyebabkan banyak folikel rambut memasuki fasa rehat selepas bersalin. Justeru lebih banyak rambut yang gugur dan purata rambut gugur sehari ialah 500 helai!

 

Jadi, untuk semua ibu-ibu lepas bersalin, anda tak perlu terlalu risau dengan keguguran rambut yang sedang berlaku. Ia adalah normal walaupun sememangnya merimaskan. Di sini saya bagi beberapa Tips bagaimana nak kurangkan masalah keguguran rambut ni ya..

 

Tips Mengatasi Rambut Gugur:

  • Ambil nutrisi penting untuk rambut iaitu ESP, Zinc dan Multivitamin Shaklee
  • Bertukarlah kepada syampu yang kurang kandungan bahan kimianya dan lebih organik, iaitu Revitalizing Syampoo
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang
  • Banyakkan berehat dan kurangkan stress
  • Minum air sekurang-kurangnya 3L

 

 

Esok saya akan berkongsi testimoni pengguna Set Penjagaan Rambut ini dan sememangnya beliau sangat berpuas hati dengan set ini. Jangan lupa kembali ke website mommyiskandar.com esok ya..

 

Untuk mendapatkan set Penjagaan Rambut ini, sila hubungi saya di 019-6657 302 / Add fb saya FARAH ALIAS BIZ untuk mendapatkan dan konsultasi percuma akan diberikan selepas pembelian!

 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

One comment on “Rambut Gugur Selepas Bersalin? Apa Puncanya???

  1. musliza on said:

    betul la…rmbut sy gugur lps b’salin.. emailkan sy hrga set ni..tq

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.