House

Tips Menangani Anak Demam


Tips Menangani Anak Demam

Musim panas ni sangatlah mencabar kesihatan kita, terutamanya anak-anak kecil dan yang masih bersekolah. Terpanggil nak bercerita tentang tips menangani anak demam , memandangkan anak kecil saya Sofea pun sedang demam sekarang..

 

Bagaimana tips menangani anak demam? Anak demam banyak ragamnya. Almaklumlah badan tak sihat, nak cakap tak pandai terutamanya di bawah 2 tahun. Sofea mengalami demam panas 5 hari lepas. Saya memberikannya Mealshake Shaklee dalam setiap susunya. Alhamdulillah esok pagi demam kebah dan kembali sihat.

 

Sehari kemudian kami check in hotel, mungkin kerana bilik hotel yang terlampau sejuk, atau pun berjangkit semula dengan abang-abangnya yang batuk, badan Sofea mula panas semula. Kali ni lebih teruk sebab dia mula nampak diam, badan semakin panas dan mula kedengaran batuk berkahak.

 

Antara tips menangani anak demam yang saya lakukan ialah:
  1. Pastikan anak sentiasa minum air yang banyak. Jika tak mahu air kosong, usahakan beli air kegemarannya seperti yogurt buah, vitagen, Dutch Lady Strawberry mahupun coklat, atau apa-apa air yang selalu dia gemar minum. Ini bagi memastikan badannya tidak mengalami dehidrasi.
  2. Cairkan sedikit susu formula, jika anak minum formula. Ini bagi mengurangkan panas dalam badannya. Jika anak anda masih menyusu badan, kerapkan memberi susu badan kerana susu ibu mengandungi antibodi terbaik untuk memerangi penyakit dan jangkitan kuman.
  3. Jika badan terlalu panas, kerap basahkan kepala anak dengan air. mengikut petua orang tua, basahkan kepala dengan air asam jawa boleh menyejukkan badan dengan lebih cepat. Jika suhu terlalu panas, saya akan letakkan kain basah di pelipat ketiaknya, selain di kepala untuk menurunkan suhu badan dengan cepat.
  4. Jika anak meronta-ronta bila diletakkan kain basah, bolehlah ibu-ibu menggunakan ‘Cool Fever' pelekat khas untuk anak demam. Macam sofea, letak kain basah pun marah, letakkan cool fever lagi lah marah. Apa yang saya buat, saya akan cepat-cepat tampal Cool Fever tu, dan kemudian dukung dia sambil bawa berjalan bagi menenangkan dia. Lama-lama dia akan diam sendiri.
  5. Bagi ubat on time terutama jika dah mula antibiotik. Antibiotik perlulah dihabiskan walau anak dah sihat, jangan tak habiskan ya. Saya akan kurangkan penggunaan ubat terutamanya ubat batuk dan selsema, kecuali keadaan memaksa. Sebaliknya saya lebihkan suplement semulajadi untuk pastikan anak saya cepat sihat. 
  6. Jika anak anda mempunyai kahak yang pekat, dan kedengaran susah nak bernafas, bolehlah letakkan minyak panas untuk bayi atau kanak-kanak di dadanya pada waktu malam, dalam pukul 1 pagi, 3 pagi dan 5 pagi. Ada masanya saya selang-selikan dengan Vicks untuk bayi bagi memberikan kelegaan kepadanya untuk bernafas dan tidur dengan selesa. Kalau heavy sangat kahaknya, eloklah ibu-ibu didihkan air panas, dan wapkan hidung anak supaya kahak tu boleh cair. Pastikan air panas agak jauh dari anak untuk keselamatan. Tips ni doktor pakar yang merawat anak saya yang bagitau.. sangat mujarab untu kahak pekat.
  7. Jika suhu panas naik mendadak tengah malam, saya akan insert ubat punggung supaya demam kebah dengan cepat. Selain itu, saya akan tampal Cool Fever, supaya suhu terkawal. Memang tak lena tidur kalau anak demam ni, kejap-kejap cek suhunya. So ibu pun kena makan vitamin juga supaya kuat dan tak sama demam menjaga anak yang demam. hehe..

 

Tips terakhir yang saya kira ramai ibu menghadapi masalah ini ialah, susahnya nak bagi anak makan ubat, betul tak?

 

Saya akan kepit kaki dan tangan dia, dan suakan picagari ubat dlm 3x picit. Beransur-ansur semasa berikan ubat tu, jangan sekaligus. Bagi anak yang pandai memuntahkan semula ubat, tipsnya, masa suakan ubat tu dalam mulut, picit hidung dia kejap. Jadi anak tak dapat bernafas ikut mulut, dia terpaksa telan ubat supaya dapat bernafas melalui mulutnya.

 

Kejap je tau tutup hidung tu. Agak-agak dia dah telan ubat.. rehat kejap dalam 5 saat ke, baru picit picagari kali kedua. Memanglah nampak kejam bagi ubat cara nie.. tapi saya dah rasa pengalaman, bila mana ikutkan sangat anak tak nak makan ubat, last-last kena admit hospital.

 

Bila anak dah admit hospital kesian tau, kena cucuk amik darah, kena cucuk masuk air, kena cucuk masuk antibiotik, tak sampai rasa hati. So kalau rasa tak nak biar anak kena cucuk sana sini, silalah kejam sedikit wahai ibu-ibu semua ya. Kita kejam sikit ni pun sebab kita sayang kan.. Kita nak dia sihat..

 

Disebabkan Sofea dan abang-abangnya jenis yang susah makan ubat, jadi saya suka bagi suplement dulu sebagai ikhtiar awal. Kalau nak bagi pun ubat demam je.. dan kalau dah berlarutan baru bagi antibiotik, diikuti ubat batuk dan kahak.

 

Bagi yang tertanya suplemen apa yang saya berikan pada anak, saya berikan Mealshake, Vitamin C Chewable dan Nutriferon. Bagi yang budget agak terhad, memadai mulakan Mealshake dan Vitamin C Chewable pun dah okay. Semua suplemen ni ialah Shaklee, sebab saya confident ia 100% semulajadi dan tak memberi mudarat pada badan anak.

 

Kebanyakkan masa mereka demam, memadai saya merawat mereka dengan suplement je, alhamdulillah esok lusa sihat. Tapi kalau berlarutan, saya akan jumpa doktor dan mendapatkan rawatan lanjut.

 

Mudah-mudahan artikel ni membantu ibu-ibu semua. Yang penting, ibu-ibu kena cool, dapatkan tidur yang cukup masa anak tidur supaya kita tak stress dan tak terlalu penat nak menjaga anak yang sakit. Kalau ada suplemen, ibu-ibu pun makan vitamin sama ya, biar kuat dan sihat giteww..

 

Bagi anda yang nak mendapatkan vitamin untuk anak demam, dan vitamin buat ibu juga, boleh hubungi saya ya. Konsultasi percuma untuk masalah anda, seiring budget, dan pastinya kesan yang terbaik.

 

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: