House

Kelas Zumba dan Piloxing di Taman Sri Gombak


Geng Zumba Sri Gombak

Assalamualaikum.. kali ni nak buat entry santai-santai je.. berkenaan kelas zumba dan piloxing di Taman Sri Gombak. Artikel ni khas buat wanita-wanita yang mencari kelas zumba tertutup, khas untuk wanita sahaja. Lelaki tak boleh masuk tau, tu yang seronok tu.

 

Saya dah join kelas zumba dan piloxing ni sebelum puasa lagi. Ambil pakej 10x kelas sebulan. Masa tu anak-anak belum mengaji malam, senanglah nak pergi. Tapi sekarang saya dah mula menghantar anak-anak mengaji sebelah malam, jadi terhad juga nak menghadiri kelas zumba dan piloxing ni.

 

Cuma 3 hari lepas menyempatkan diri juga untuk menghadiri kelas Piloxing. Saya suka kelas Piloxing ni berbanding zumba, sebab akhir kelas ada cardio workout yang sangat menguji kekuatan fizikal kita. Atau mungkin juga badan saya ‘tak lentik’ mana nak menari zumba, haha.. jadi zumba pernah pergi sekali je. First and last, lepas tu saya pergi kelas Piloxing je.

 

kelas zumba di sri gombak

Semangat bergambar sebelum mula kelas Piloxing

 

Apapun, untuk yang baru mencuba, boleh lah cuba kedua-dua kelas ya. Ramai yang suka zumba lagi kerana ia mencabar stamina dengan pergerakkan yang tak berhenti. Terserah pilihan masing-masing. Apa yang paling penting kita kena keluarkan peluh supaya kalori-kalori yang berlebihan dalam badan tu dapat dibakar, barulah dapat badan yang langsing, giteww..

 

Selain piloxing sekali sekala di fitness centre, saya biasanya aerobik atau bersenam di rumah sahaja. Sama ada ikut video senaman di You Tube ataupun menggunakan aplikasi Freeletics. Nak kekal sihat dan cantik, tak cukup bersenam je tau, saya juga amalkan Lecithin untuk pemecah lemak dan Alfalfa bagi membuang lemak yang dah dipecahkan tadi. Alhamdulillah, badan segar kombinasi senaman dan suplemen. Jika nak lihat testimoni SET KURUS ni boleh klik DI SINI ya.

 

Bagi yang nak join fitness F3 studio ni, tempatnya berhadapan dengan Petronas Taman Sri Gombak, beralamat di No 17C, Jalan SG 3/1, Taman Sri Gombak. Atau boleh hubungi pemilik fitness centre, Pn Fida di talian 017-3835636. Harga sangat berbaloi. Kalau nak jimat join ahli dan ambil pakej. Kalau tak boleh datang selalu macam saya, bayar yuran walk in je dalam rm 15 (ahli) dan rm 20 (bukan ahli).

 

kelas zumba sri gombak

 

Pada yang berhajat nak join kelas di F3 Studio ni, jangan segan silu hubungi nombor di atas ya. Seronok sangat, mula-mula memanglah liat nak gerakkan badan yang lama tak bersenam ni kan. Tapi lepas bersenam badan segar je, dan semestinya kesihatan pun semakin baik. 

 

Selamat berzumba dan berpiloxing!

 

Jika berminat mendapatkan produk memecahkan lemak, sila hubungi saya seperti dibawah:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Fara Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

COD Sekitar Gombak, Pos Laju Seluruh Malaysia

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

2 comments on “Kelas Zumba dan Piloxing di Taman Sri Gombak

  1. Sesekali berzumba dengan geng ibu2 best juga kan

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.