House

Balasan Meninggalkan Solat 5 Waktu


Balasan Meninggalkan Solat

Solat ialah tiang agama. Siapa yang mendirikan solat, ia menegakkan agamanya. Dan barangsiapa yang meninggalkan solat, sama juga seperti meruntuhkan agamanya.

 

Sedang saya blogwalking di blog-blog rakan-rakan blogger hari ni, tertarik nak berkongsi info dasyatnya balasan meninggalkan solat 5 waktu ni. Untuk peringatan diri sendiri juga dan semoga mendapat manfaat untuk sahabat-sahabat yang membaca.

 

Barangsiapa yang meninggalkan solat 5 waktu, seksaannya umpama:

Subuh – Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur – Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar – Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib – Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak – Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkautinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerakgerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

 

MasyaAllah.. dasyatnya azab siksaan jika kita meninggalkan solat ni.

 

Selain itu, mereka yang meninggalkan solat ni takkan aman hidupnya. Dari di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar dan di akhirat kelak, semua akan disiksa oleh Allah S.W.T

 

Seksaan ketika di dunia

  • Amal kebajikannya tidak diberi pahala
  • Seri wajahnya ditarik
  • Doanya ditolak
  • Rezekinya disempitkan
  • Tak ada keberkatan di dalam umurnya

 

Seksaan ketika sakaratul maut

  • Matinya dalam keadaan yang sangat haus walau diberi minum air tujuh lautan
  • Matinya dalam keadaan kelaparan
  • Menemui sakaratul maut dalam keadaan yang hina

 

Seksaan ketika di dalam kubur

  • Kuburnya akan dihimpit sesempit-sempitnya sehingga meremukkan tulang-tulang dadanya
  • Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api akan membakar tubuhnya siang dan malam tanpa henti
  • Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: “Aku disuruh oleh Allah memukulmu sebab meninggalkan sholat dari Subuh hingga Dhuhur, kemudian dari Dhuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isya’ hingga Subuh”. Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dibenturkan hingga terjungkal ke perut bumi kerana meninggalkan Solat Zuhur. Kemudian dipukul lagi karena meninggalkan Solat Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isya’ hingga ke waktu Subuh lagi. Demikianlah seterusnya siksaan oleh “Sajaul Aqra” hingga hari Qiamat.
  • Siksaan oleh binatang-binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan lipan.

 

Seksaan di hari kiamat

  • Dia akan dibelenggu dan diseret ke padang mahsyar oelh malaikat dan Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan sama sekali.
  • Allah tidak akan mengampunkan dosanya dan dia akan dicampakkan ke dalam neraka

 

api neraka

Dan di dalam Neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya terdapat ular-ular berukuran sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain kecuali menggigit orang-orang yang tidak mengerjakan solat semasa hidup mereka.

 

Bisa ular itu juga menggelegak di di badan mereka selama 70 tahun sehingga hancur seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh kembali pulih, lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

 

Marilah kita bertekad untuk menyempurnakan amalan solat kita dengan sebaik-baiknya, kerana tiada amalan lain yang lebih utama dari solat. Baik solat kita, barulah Allah melihat amalan kita yang lain. Jika gagal solat kita, amalan yang lain tiada berguna. Semoga Allah menjadikan kita, dan keturunan kita terdiri dalam golongan mereka yang menjaga solat.

 

Semoga artikel ini memberi sedikit manfaat. Wallahualam.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: