House

Kelebihan Sahur


Lebih kurang 2 minggu je lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Dan semestinya di bulan yang mulia ini akan disambut dan disulami dengan ibadat sunat dan antara perkara sunat yang dititikberatkan semasa berpuasa ialah sahur.

 

Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara puasa muslim dan puasa Yahudi. Sabda Nabi s.a.w: “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim). Bersahurlah walaupun dengan seteguk air, kerana dalam sahur itu keberkatanya. 

 

Sahur

 

Antara kelebihan bersahur ialah:

  1. Dapat memberikan tenaga kepada kita semasa menjalankan ibadah berpuasa.
  2. Dapat menjalankan solat sunat tahajud dan solat sunat lainnya di sepertiga malam, di mana ibadah ini mungkin sangat berat dilakukan bagi sesetengah orang
  3. Dapat menjalankan ibadah puasa dengan cergas dan otak pun cerdas berfikir sepanjang hari
  4. Malaikat bersalawat pada mereka yang bersahur
  • Dari Abu Khudri berkata: “Makan sahur itu ada keberkatan, maka jangan kamu tinggalkannya walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (rahmat Allah dan pengampunan) atas mereka yang bersahur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

 

Disunatkan juga mengambil kurma semasa sahur untuk memberi tenaga yang berpanjangan. Kurma juga merupakan makanan sahur yang dipuji oleh Rasulullah SAW berdasarkan sabdanya yang berbunyi: “Sebaik-baik makanan sahur bagi seorang mukmin itu ialah buah kurma.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

 

Sahur

 

 

Justeru, diharap kita semua dapat mengambil keberkatan sahur ini tak kiralah sama ada berpuasa di bulan Ramadhan atau berpuasa sunat di bulan lainnya. Amalan yang sangat senang, sunat, tapi ada pahala di dalamnya. Tak kira lah mengantuk dan penat macam mana sekalipun, didiklah anak dan keluarga kita untuk bangun dan mengambil keberkatan sahur. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

 

Jom join saya di media sosial, klik sini untuk lebih info ya..
Facebook : Farah Alias

Instagram: Pakar_Vitamin 

Whatsapp: KLIK SINI

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: