House

Mamaway Baby Sling Selamat Dan Selesa


Mamaway baby sling best

Assalamualaikum mommies semua.. bagi yang ada baby mesti mencari-cari ring sling, gendongan atau baby carrier yang selamat dan selesa untuk bawa baby kita jalan-jalan kan? Stroller pun best, cuma bukan semua tempat sesuai untuk bawa stroller.

 

Macam saya sendiri, stroller ada, baby carrier pun ada cuma baby carrier saya dah jual masa anak ke-4 dulu sebab bersalin caesar sangatlah tak selesa pakai baby carrier yang talinya mengikat di pinggang kita. Jadi bila dah ada baby ke-5 ni, of course saya mencari baby sling yang sesuai untuk membawa baby saya jalan-jalan selain stroller.

 

Survey punya survey, saya jatuh hati dengan Mamaway Baby Sling. Mamaway Baby sling ni telah memenangi beberapa award termasuklah 2018 Malaysia Best Baby Sling Award. Kainnya nipis, tak panas di mana baby sangat selesa didalamnya, tetapi ciri-ciri keselamatannya dijamin, di mana kainnya mampu menampung berat baby dengan baik dan selamat.

 

Mamaway Ring Sling

 

Kenapa saya jatuh hati dengan Mamaway Baby Sling ni? Sebab pertama ialah kerana kelahiran kali ni saya bersalin secara pembedahan. Ibu yang bersalin caesar ni, makan masa luka nak sembuh. Jika ada perlanggaran atau geseran kuat di bahagian luka pembedahan, memang sakit tau. Jadi baby carrier sebelum ni yang talinya di grip di pinggang, memang menyakitkan kawasan luka pembedahan. Terasa ditarik-tarik sebab beban berat baby ada dikawasan tu kan.

 

Beza dengan Mamaway Ring Sling ni, luka pembedahan saya tak terganggu langsung. Berat baby tak berada di bahagian pinggang kita, sebaliknya tersebar sekata dibahagian belakang dan bahu, sehingga tak terasa kita membawa beban, disebabkan ciri-cirinya keselamatannya yang unik. Jadi ibu atau ayah relaks sepanjang masa ketika membawa baby dengan Mamaway baby sling ni.

 

Baby Sling Mamaway best

</span> <span style="font-size: 12pt; font-family: georgia, palatino, serif;">Baby Aisyah suka dalam sling ni. Macam dipeluk dan didodoi je dia..</span>

 

Ciri-ciri lain Mamaway Baby Sling yang membuatkan ianya patut dimiliki setiap ibu ialah:

  1. Material kain premium cotton yang sangat lembut dan selesa, dimana telah diuji mampu menampung berat 75kg untuk 72 jam tanpa masalah.
  2. Double ringnya juga sangat kuat, dan diuji ia boleh menampung berat sehingga  500 kg.
  3. Ia mempunyai kain sling yang ektra panjang, jadi sesuai boleh digunakan semasa ibu menyusu sebagai nursing cover.
  4. Reka bentuknya sesuai untuk digunakan sama ada oleh ayah oleh ibu. Dan juga boleh menampung pelbagai saiz baby.
  5. Baby sangat selesa berada di dalam Mamaway baby sling ni, dan setakat ni baby Aisyah sangat selesa dan tidak menunjukkan panas berada dalam sling ini.

 

Berbeza dengan baby carrier biasa, saya lebih suka stail gendongan ini sebab jujurnya baby nampak jauh lebih selesa. Seolah-olah kita sedang memeluk dia, mendakap dia dekat dengan badan kita. Jadi baby menjadi tenang, tidak mudah meragam atau tantrum dan cepat tidur dalam dakapan tanpa ada masalah.

 

Selain menggunakan Mamaway baby sling ni semasa jalan-jalan, saya juga gunakan sling ini ketika di rumah, iaitu semasa memasak. Semasa memasak? Ya.. masa memasak. Maklumlah baby ada masa datang ragamnya nak berdukung je kan. Jadi saya gunakan sling ni semasa memasak, jadi tangan tak lenguh, malah boleh potong bawang semua, tetapi pastikan berhati-hati ye mommy, terutamanya semasa penggunaan minyak panas atau ketika menggoreng. Safety first okay?

 

Pendek kata, memang puas hati. Memang berbaloi beli Mamaway Ring Sling ni.

Baby Sling Mamaway selamat dan selesa

Pelbagai gaya pemakaian baby sling boleh digayakan

 

 

Baby sling terbaik

</span> <span style="font-size: 12pt; font-family: georgia, palatino, serif;">Banyak design menarik..</span>

 

Mana nak beli?

 

Boleh dapatkan dari Mamaway. Mamaway ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan barangan kehamilan, penyusuan, barangan bayi dan aksesori serta baby carrier. Ia telah memenangi banyak award untuk barangan kehamilan dan penyusuan, serta mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh negara termasuk Australia, China, Taiwan dan beberapa negara Asia.

 

Untuk dapatkan DISKAUN HEBAT sebanyak rm 25 dengan minimum pembelian rm 135, anda boleh masukkan KOD KUPON ini iaitu MAMAWAY-FARAHALIAS25 . Layari WEBSITE MAMAWAY ini, dan jangan lupa masukkan kod kupon diskaun anda ya!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: