House

Punca dan Cara Mengatasi Sembelit


Salam semua.. hari ni nak bercerita tentang sembelit, maklumlah musim perayaan ni, ramai yang makan macam-macam, sampai perut pun naik sebu dan sembelit.

Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan “jarang membuang air besar”. Ini kerana setiap individu adalah berlainan.

Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit.

Bagaimanapun, sembelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit (simptom). Orang yang sembelit jugak selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.

 

Sebab-sebab berlakunya sembelit:

  1. Kurang minum air.
  2. Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
  3. Selalu menahan diri daripada membuang air besar.
  4. Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan
  5. Kesan ubat-ubatan seperti ubat batuk (codein), ubat gastrik (aluminium/kalsium), penenang .
  6. Berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung-hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit. Disamping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.
 

Cara Mengatasinya:

  1. Banyakkan minum air, 3L sehari. Cara yang paling mudah, dengar signal tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air.
  2. Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari.
  3. Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (mudah buang air besar)
  4. Jangan malas nak ke tandas!

 

Namun, jika anda dapati sukar untuk mengambil makanan berserat, buah-buahan dan sayuran secara konsisten setiap hari, anda boleh juga mencuba supplement yang membantu melawaskan iaitu Herblax:

 

Apa itu Herblax?

  • Herblax merupakan kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Mengandungi 9 herba semulajadi dan menggalakkan pembersihan yang lembut secara terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh dalam jangka masa panjang
 

Kebaikkan Herblax:

  • Membantu masalah sembelit
  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus mempercepatkan proses pembersihan secara lembut pada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam badan kita
  • Tindakannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut

 

Saya paparkan testimoni salah seorang customer yang berpuas hati menggunakan herblax:

 

 

Alhamdulillah, herblax memang sangat–sangat membantu. Jika anda mengalami sembelit, jangan biarkan sembelit anda berterusan. Cubalah herblax hari ini juga, dan jaminan, harga memang sangat berpatutan!

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: