House

Selamat Datang


Selamat Datang ke Mommy Iskandar..

Saya merupakan ibu kepada 3 putera.. Ammar Iskandar, Faris Iskandar dan Arif Iskandar. Saya menyusukan anak kedua sepenuhnya hingga berusia 2 tahun lebih dan kini masih menyusukan bayi ketiga yang berumur 6 bulan,  secara eksklusif. Walaupun anak kedua dan ketiga berjaya menikmati susu ibu sepenuhnya, namun kekesalan saya kerana tak dapat menyusukan anak sulung masih terbayang-bayang sehingga kini.

Walaupun telah 6 tahun berlalu, tapi saya masih ingat bagaimana saya menangisi diri waktu anak saya tidak mahu menghisap susu ibunya, sehingga membawanya ke ICU kerana jangkitan kuman..dan masih terbayang bagaimana doktor dan nurse menyuruh “bagi susu ibu banyak-banyak, baru anak cepat sihat”.. dan saya juga masih ingat bagaimana selepas beberapa hari bersalin, saya berjalan jauh dalam hospital gara-gara nak mencari bilik pam untuk mengepam susu untuk diberikan kepada Ammar.  Waktu tu hanya Allah yang tahu.. Mujur ada nurse yang sudi menolak saya menggunakan kerusi roda ke bilik pam susu..

Semua dugaan tu saya lalui kerana kekurangan ilmu. Padahal saya dah banyakkan membaca majalah dan buku mengandung waktu kehamilan. Cuma kerana mengamalkan info yang salah dari sebuah majalah..Ammar tak dapat menikmati susu ibu sepenuhnya.. Mungkin salah saya juga kerana tidak membuat research secukupnya.. Namun, sejak itu saya bertekad untuk mencari info sebanyak-banyaknya demi menjayakan penyusuan ibu sepenuhnya untuk anak kedua nanti..

Dan, blog ini adalah hasil pengalaman dan penulisan saya tentang peyusuan ibu secara eksklusif. Nak berjaya dalam sesuatu perkara kenalah ada ilmu, termasuklah untuk menyusukan anak, terutamanya untuk ibu-ibu bekerja. Selain penyusuan, saya juga akan berkongsi tentang kesihatan dan kecantikkan untuk sekeluarga. Semoga blog ni membawa kebaikkan untuk saya dan diri pembaca semua..

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.