House

Shaklee Menyokong Israel ?


Dalam sehari dua ni timbul isu sensasi yang bermusim. Ramai yang bertanya Shaklee menyokong Israel ? Shaklee menyumbang dana pada Israel kerana Shaklee merupakan Syarikat dari US. Haram ambil produk Shaklee kerana duit tersebut akan disalurkan kepada Israel.

 

Betulkah Shaklee menyokong Israel ? Lantas ada yang bertanya, bagaimana dengan website Keseneth Israel yang terang-terangan ada logo Shaklee? Mari saya paparkan website yang kononnya menjadi bukti Shaklee terlibat dengan kekejaman Israel

 

 

Shaklee menyokong israel?

 

 

Sekali pandang, memang kelihatan seperti Shaklee terlibat dengan Israel. Tapi, jangan cepat melatah. Klik dulu button logo Shaklee tersebut dan anda akan dibawa ke website berikut.

 

Shaklee Menyokong Israel?

 

 

 Untuk membuktikan website di atas kepunyaan individu atau pengedar Shaklee US, anda juga boleh melihat pada logo “Shaklee Independent Distributor”. Buat semua pengedar Shaklee, Shaklee mewajibkan meletak logo ini untuk membuktikan sama ada website itu kepunyaan individu persendirian atau dari Shaklee sendiri.

 

Jika anda masih ragu, betul ke ini bukan website rasmi Shaklee, saya ada lampirkan satu lagi website pengedar Shaklee US yang hampir sama cuma nama depan url sahaja berbeza.

 

Shaklee Menyokong Israel?

 

 

 

Jelaskan? keduanya menggunakan myshaklee.com, dan format website juga lebih kurang sama, iaitu untuk pengedar. Jadi, SANGAT JELAS bahawa website kic.myshaklee.com bukan website rasmi Shaklee US, sebaliknya website pengedar Shaklee sahaja.

 

Bonus yang Shaklee keluarkan kepada pengedar adalah hak milik pengedar sepenuhnya. Jadi, kic.myshaklee.com ni yang menyumbang kepada Israel bukannya direct dari Shaklee.  Shaklee sama sekali tidak terlibat dan tidak menyokong Israel.

 

Sama juga dengan saya. Jika saya menyumbang duit saya kepada Pusat Zakat, itu ialah sumbangan peribadi saya, bukannya sumbangan dari Shaklee. Saya harap anda semua jelas dengan penerangan saya ini.

 

Bagaimana pula rupa website rasmi Shaklee US? Di bawah ni saya lampirkan untuk tatapan anda semua..

 

 

Shaklee Menyokong Israel?

 

 

Inilah rupa website rasmi Shaklee US. URL yang digunakan ialah www.shaklee.com. URL Shaklee Malaysia pula ialah www.shaklee.com.my.

 

Dari segi URL dah jelas berbeza. Dari segi paparan dan design website juga tak sama seperti 2 web pengedar di atas. Dan jika anda masih tak puas hati, silalah ke web shaklee US ni, dan lihat sendiri jika ada mana-mana iklan atau button yang menyatakan Shaklee US menyokong Israel.

 

Sepanjang pengamatan saya, Shaklee tak pernah memberi sumbangan pada Israel, dan pihak Shaklee juga telah mengesahkan sebegitu. Jadi tidak timbul isu Shaklee menyokong Israel ya..

 

Saya harap panjang-panjangkanlah artikel saya ini, supaya saudara Islam kita tak salah sangka dengan produk Shaklee ini. 

 

Sebagai pengedar Shaklee, saya juga bertanggungjawab sepenuhnya menerangkan perkara ini pada anda semua. Dan sebagai seorang muslim, saya juga peka dengan isu sebegini. Alhamdulillah, kami pengedar-pengedar Shaklee beragama Islam masih tahu bezakan rezeki yang halal.

 

Mohon supaya tiada suara sumbang untuk boikot Shaklee. Boikotlah dengan ilmu, bukannya boikot melulu. Semoga anda semua jelas dalam isu ini, insyaAllah..

 

 

Untuk menghubungi saya:

 

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

3 comments on “Shaklee Menyokong Israel ?

  1. Arnie on said:

    Semoga cepat redha isu ini. Betul tue, boikotlah dengan ilmu!

  2. Alhamdulillah..details..se detailsnya..moga isu ini cepat selesai

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: