House

Tips Atasi Masalah Sukar Tidur Ketika Hamil


Kebanyakan wanita hamil mengalami masalah sukar tidur ketika hamil. Ia biasanya berlaku pada bulan-bulan terakhir kehamilan, Wanita hamil kebanyakkannya akan mengalami masalah sukar tidur, tidak selesa dan bangun ditengah malam.

 

Antara sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah ialah kejang kaki, bayi yang terlalu aktif yang suka menendang, sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang, sering buang air kecil di waktu malam dan sebagainya.Ramai wanita yang sebelumnya tidak mengalami kesukaran tidur diawal mengandung, mendapati mereka tidak mendapat tidur yang diakhir kehamilan. Jom tengok tips atasi masalah sukar tidur ketika hamil.

 

Tips untuk mengatasi masalah sukar tidur ketika hamil ialah:

 

1. Wanita hamil digalakkan untuk tidur di posisi yang betul iaitu secara mengiring. Kedudukan ini   membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang untuk mengalir ke jantung.

2. Wanita hamil juga perlu mengelakkan pengambilan minuman berkafein sebelum tidur seperti kopi, nescafe dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing.

3. Wanita hamil digalakkan meminum air 6-8 gelas sehari untuk membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi dalam rahim. Kurangkan minum sebelum waktu tidur untuk mengelakkan anda kerap berulang ke tandas.

4. Wanita hamil juga perlu kerap bersenam terutamanya di awal pagi dan awal petang. Perlu dielakkan senaman yang aktif jika hampir waktu tidur kerana ia akan membuatkan anda lebih aktif dan bertenaga.

5. Wanita hamil juga perlu makan makanan ringan seperti biskut atau roti sebelum tidur. Ia dapatmengelakkan anda terjaga di tengah malam akibat terasa lapar yang keterlaluan.

6. Mandi Air panas sebelum tidur juga akan memberi kesan dimana akan membuatkan anda tenang dan anda tidur lebih lena.

7. Jika anda berasa tidak selesa, selalunya sakit tulang dibahagian belakang, minta si suami mengurutkerana selalunya dengan cara ini ia akan membuatkan anda berasa lebih selesa dan memudahkan anda tidur.

8. Jangan biarkan suhu bilik terlalu panas. Ini kerana tubuh wanita panas semasa hamil disebabkan perubahan hormon, peningkatan pengedaran darah dan juga keadaan bayi yang semakin membesar. Pasang kipas atau aircond dan apa saja yang boleh membantu untuk mengurangkan kepanasan.

 

Mudah-mudahan sedikit tips ini membantu semua ibu mengandung di luar sana.

Jika anda mahu Suplement Ibu Mengandung yang membantu tidur yang lebih lena, membantu mengurangkan sakit belakang dan membantu meningkatkan Hb yang rendah, anda boleh klik DI SINI ya.. 

 

Saya boleh dihubungi melalui:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar untuk mendapatkan INFO PERCUMA

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: