House

Tips Mengumpul Stok Susu Banyak Dalam Pantang


Kepada semua ibu dalam pantang yang berazam mahu menyusukan anak sepenuhnya walaupun bekerja, anda perlu mengumpul stok susu seawal mungkin. Sebaiknya bermula dari awal kelahiran lagi. Nak tau caranya? Berikut ialah beberapa tips untuk anda:

  1. Berazam sejak mengandung mahu menyusukan anak anda dengan susu ibu sepenuhnya.
  2. Banyakkan membaca tentang info penyusuan, cara penyimpanan susu, jenis pam yang bersesuaian dengan budget anda dan juga beberapa keperluan yang anda perlukan seperti cooler bag, plastic storage dan lain-lain.
  3. Mulakan penyimpanan stok beberapa hari selepas kelahiran. Lagi cepat lagi bagus. Sebaiknya bila bayi anda tidur, pam payudara anda untuk menggalakkan lebih banyak penghasilan susu berlaku.
  4. Jika bayi anda memang suka ‘bergantung' pada kebanyakkan masa, anda boleh amalkan “Tanderm Nursing”. Tanderm Nursing ialah keadaan di mana, bayi menyusu pada sebelah payudara dan sebelah lagi anda pam. Bila stimulasi dilakukan pada kedua-dua payudara serentak, anda akan dapati susu yang didapati dari pam lebih banyak dan lebih cepat dari biasa.
  5. Jauhi susu formula, air masak dan makanan tambahan pada 6 bulan pertama kelahiran,  kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan susu badan dan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan
  6. Beri kedua-dua belah payudara setiap kali proses penyusuan. Jika bayi minum sebelah dan tertidur, pam yang sebelah lagi ya..
  7. Biar baby habiskan penyusuan pada sebelah payudara ~ he’s done bila dia let go mama’s breast/lepaskan puting atau menghisap secara perlahan atau tertidur. Menyekat sesi penyusuan baby di tengah2 penyusuan ibarat menyuruh baby skip “desert”nya atau dlm erti kata lain, baby tidak akan dpt susu akhir/hindmilk yang tinggi lemak (utk mengenyangkannya) And please, ibu tentu tidak mahu baby nya put on diets =)
  8. Akhir sekali, pastikan ibu minum 3L atau lebih air sehari dan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat yang boleh menambah penghasilan susu.
  9. Jika anda bimbang tidak dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mengalami masalah penghasilan susu yang sedikit, ambillah Supplement Penyusuan, insyaAllah membantu.

Berikut ialah pengakuan ibu-ibu yang telah mengamalkan Supplement Penyusuan Set 3M..

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah, Set 3M memang banyak membantu ibu-ibu di luar sana mengumpul stok dengan cepat. Jika anda mengalami masalah kekurangan stok susu atau belum lagi mula menyimpan stok, Set 3M merupakan salah satu ihktiar yang ada. Tapi ibu-ibu semua kena ingat ya, Set 3M ni hanya akan berkesan jika anda PAM KERAP SETIAP 2-3 JAM SEKALI DAN MINUM AIR 3L SEHARI.. Jika 2 konsep asas ni anda tak ikuti, sukar untuk melihat hasil yang anda harapkan. Namun, jika anda mengamalkan pam kerap dan air yang banyak, hasilnya.. memang meriah! Mcm gambar susu kat atas tu, bestkan?

Untuk melihat lebih banyak testimoni Set 3M, sila klik DI SINI

 

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: