200257656-002

Bisnes Online Dari Rumah – Trend Bekerja Ibu Masa Kini (Part 1)

Salam semua, alhamdulillah di cuti panjang ni, dapat saya menulis tentang bisnes online dari rumah. Hari bekerja, saya juga sibuk, menerima order dan menjawab soalan customer. Dalam pada itu, ramai juga ibu-ibu di luar sana yang berminat menjalankan perniagaan shaklee ini secara online, tapi tak tau bagaimana..

Soalan lazim, “saya berminat nak dapat pendapatan sampingan dan buat bisnes online, tapi tak tau bagaimana.. Yang tau main facebook, tu memang terrer lah.. boleh bantu saya?’

Di atas merupakan soalan lazim customer pada saya. Bagaimana nak mulakan bisnes dari rumah. Bagaimana nak mendapatkan sedikit pendapatan tambahan bagi yang bekerja, dan bagi surirumah, sudah pastilah pendapatan lumayan sangat didambakan, demi membantu suami mahupun keperluan diri sendiri.

Mengimbas pengalaman saya sendiri, 3 tahun yang lepas saya dan suami telah mengusahakan perniagaan online secara part time. Macam-macam perniagaan yang kami jalankan, dan banyak blog juga yang kami lancarkan tapi semuanya suam-suam kuku dan akhirnya “bungkus”. Namun, kami tak pernah berputus asa sebab 3 tahun yang berlalu merupakan pengalaman kami, dan semua itu proses pembelajaran yang “amat mahal” dan tak dapat belajar di sekolah mahupun universiti.

Namun alhamdulillah, July tahun lepas saya telah berkenalan dengan Shaklee, dan membuat keputusan untuk serius bershaklee. Dalam masa setahun, kami berjaya merangkul pangkat tertinggi dalam syarikat sebagai “Master Coordinator” dan income? Biarlah rahsia.. Mencipta sebagai anak melayu pertama mendapat gelaran “Master” dalam masa setahun merupakan pencapaian terbaik saya, dan saat manis yang tak mungkin dilupakan.

Semuanya dilakukan secara online baik menjual produk mahupun berjumpa dengan usahawan baru yang berminat menyertai kami. Training juga dijalankan online, malah saya dan kumpulan saya dapat bermesyuarat secara online juga dalam “Group Tertutup Fb” yang hanya boleh diaccess oleh downline saya sahaja.

Caranya? Melalui Facebook (Fb) dan blog. Tak tau menggunakan fb? Anda perlu memperlajarinya sebagai salah satu usaha untuk anda berjaya dalam bisnes online. Apapun bisnes yang anda lakukan, 2 medium ini sangat penting untuk menjamin kesinambungan bisnes anda berjalan dengan jayanya.

Kenapa saya katakan bisnes online trend bekerja masa kini? Dulu kita selalu mendengar cerita Irfan Khairi, bagaimana dia berjaya bergelar jutawan dalam usia yang muda. Tapi kini, saya dapat melihat ramai usahawan internet baru yang mencapai 4, 5 dan seorang rakan saya 6 angka SEBULAN, dengan menjalankan bisnes online. Siapa kata bisnes online tak ada masa hadapan? Hanya yang tahu, sanggup belajar dan tekad sahaja yang akan bertemu dengn kejayaan.

Jika anda masih bekerja, mulakanlah bisnes online anda secara part time, dan jika income bulanan melebihi pekerjaan tetap, tepuk dada tanya selera, adakah masih mahu bekerja ataupun menjalankan bisnes online dari rumah sepenuh masa. Jika anda surirumah, anda adalah kumpulan yang berpotensi besar untuk mengaut keuntungan dengan cepat. Sambil menguruskan anak-anak, anda boleh menjalankan bisnes anda tanpa mengganggu rutin harian.. Duit pun dapat, anak-anak juga membesar di depan mata.. Apa yang lebih menggembirakan hati seorang ibu bila dapat membesarkan sendiri anak-anak, di samping menyediakan keperluan kewangan mereka secukupnya.

Persoalan lagi, “bisnes apa yang saya mahu lakukan?”. Saya akan kupas mengenai isu ini dalam Bisnes Online Dari Rumah (Part 2). Berjumpa anda di lain masa..

Berminat menjalankan bisnes Shaklee? Sertai kumpulan saya dan anda akan dibimbing bagaimana menggunakan blog dan Fb sebagai senjata pemasaran online paling berkesan dan personal coach juga diberikan jika anda serius berbisnes. Income? 4 atau 5 angka, anda yang tentukan! Pilih leader yang tepat untuk menjamin kesinambungan bisnes anda berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias Biz untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan di sini adalah pengalaman dan hasil pena saya sendiri sebagai Shaklee Independent Distributor. Tiada jaminan anda akan berjaya jika tiada usaha yang diberikan.


Posted by Farah (Farah Alias) | Sep 17, 2012 | Category: Anakku Sayang, Cara Menjadi Ahli & Kelebihannya, Jana Income Besar Dari Rumah? | Comments: none | Tags: ,

 


Leave a Reply


X

Forgot Password?

Join Us

Password Reset

Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.