House

10 Minit Senaman Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni suka saya nak berkongsi senaman untuk ibu mengandung. Siapa cakap kehamilan membataskan ibu untuk bersenam? Malahan  banyak kebaikkan bersenam untuk ibu mengandung ni.

 

Sebelum kita melihat video senaman, dan ibu-ibu boleh mengikuti video senaman ni secara terus, mari kita lihat dulu apa kebaikkan senaman di kalangan ibu hamil:

  1. Bersenam mengurangkan stress dan meningkatkan mood gembira di kalangan ibu hamil
  2. Bersenam membantu mengurangkan sakit belakang dan ketidakselesaan semasa kehamilan
  3. Senaman membantu meningkatkan stamina ibu, ibu tampil lebih cergas dan aktif berbanding ibu hamil yang tidak bersenam.
  4. Senaman membantu mengurangkan kenaikkan berat badan yang mendadak sepanjang tempoh kehamilan.
  5. Ibu hamil yang mengamalkan senaman berupaya menghilangkan berat badan lebih cepat dan mudah selepas bersalin.
  6. Senaman melancarkan peredaran darah ibu, meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan yang pastinya memberi kesihatan yang lebih baik pada ibu dan bayi.
  7. Ibu hamil yang bersenam juga berpotensi melahirkan anak dengan lebih mudah secara normal dan dalam jangka masa yang lebih singkat. 

 

5 jenis senaman mudah yang boleh dilakukan oleh ibu hamil ini ialah:

  1. air squats
  2. double side step squats
  3. alternating reverse lunge + back fly
  4. wide knee pulls
  5. modified plank army crawl

 

Senaman ini hanya dilakukan dalam masa 10 minit sahaja. 

Lakukan setiap senaman selama 30 saat, dan ulang semula senaman 1-5 di atas sebanyak 4 repeats.

 

 

Jom lihat cara yang betul melakukan senaman di atas:

 

 

Bagi ibu-ibu yang baru nak mula bersenam, mula dengan melakukan sedikit regangan badan. Dan dengar kata tubuh anda. Jangan paksa diri okay.. buat setakat yang mampu dulu. Bila rasa dah mudah 5 senaman di atas ni, nanti boleh cuba senaman lain pula.

 

InshaaAllah nanti saya kongsikan senaman lain dan tips kehamilan dari masa ke semasa. Selamat bersenam mommies!

 

Untuk mendapatkan suplemen prenatal atau set bersalin, boleh klik link ni ya  http://www.wasap.my/60196657302

 

Atau boleh hubungi saya seperti di bawah:

 

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Farah Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

COD Sekitar Gombak, Pos Laju Seluruh Malaysia

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: