3 Cara Mudah Untuk Kurus Dan Sihat
Assalamualaikum semua.. hari ni terpanggil untuk bercerita tentang 3 cara mudah untuk kurus dan sihat. Saya pasti ramai anda yang membaca ni mempunyai masalah berat badan berlebihan betul tak? Saya pun masih dalam usaha mendapatkan berat badan ideal selepas kelahiran anak keempat.
Selepas 2 tahun melahirkan bayi comel saya, berat masih tak turun, malah semakin naik sejak berhentikan susu. Maklumlah menyusukan mampu membakar 500 kalori sehari. Jadi sejak January 2016 saya mulakan pemakanan saya secara sihat. Nak kata 100% clean tu tidaklah, tapi banyak improvement berbanding sebelum-sebelum ni.
Jadi untuk anda yang nak mulakan menurunkan berat badan atau nak mengamalkan gaya kehidupan yang sihat, ada 3 cara mudah untuk kurus dan sihat yang anda boleh amalkan. Jom lihat..
3 Cara Mudah Untuk Kurus dan Sihat:
1. Tetapkan Matlamat Yang Realistik
Hajat di hati kalau boleh nak buang terus 10 kg dalam sebulan kan? Tapi hakikatnya memanglah agak mustahil. Apa kata tetapkan matlamat realistik dan mudah dicapai. Contohnya 2 kg – 4 kg sebulan. Atau senang cerita 500 g – 1 kg seminggu. Tetapkan hati dan yakin mampu dapat kurangkan berat seperti yang kita target tu.
2. Sediakan Perancangan Teliti
Perancangan kena teliti. Plan awal waktu bila anda akan bersenam atau pergi ke gym. Apa menu yang anda nak masak, apa yang anda akan beli sewaktu ke pasaraya untuk menu diet anda. Semuanya perlu perancangan yang teliti. Bagi memastikan anda dapat mengambil pemakanan yang sihat, plan 3 hari awal apa yang anda akan makan. Contohnya esok roti bakar wholemeal sekeping sewaktu sarapan, lunch pula grill chicken bersama salad. Dinner smoothies epal hijau. Jadi kita tahu apa yang perlu dibeli awal, dan apa yang perlu disediakan malam harinya.
3. Pantau Keputusan Setiap 2 Minggu
Bila kita berdiet atau mahukan hidup yang lebih sihat ni, biasanya kita tak sabar nak dapat keputusannya. Pantau setiap 15 hari. Timbang berat anda sebelum dan selepas 15 hari. Dan pastikan anda ambil ukur lilit badan juga sebelum dan selepas 15 hari. Ada yang berat tak turun, tetapi inch loss ada. Jadi ini akan menaikkan semangat anda untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat ni, walaupun berat tak berapa nak turun.
Berikut pula ialah TO DO LIST yang anda harus lakukan untuk memastikan misi ini berjaya..
Semoga dengan adanya 3 Cara Untuk Kurus dan Sihat ni, anda yang membaca mendapat idea bagaimana nak mulakan gaya hidup sihat ni. Ingat, kurus itu bonus, tetapi sihat itu yang paling penting dan tak ternilai harganya.
Tak ada makna semua di dunia ni kalau badan tak sihat dan terkena penyakit kan? Nak beribadah pun susah. Jadi marilah kita mulakan gaya hidup sihat kita hari ni juga..
Leave a Reply