House

3 Kesilapan Utama Dalam Penyusuan


Kesilapan Utama Dalam Penyusuan

Assalamualaikum. Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang 3 kesilapan utama dalam penyusuan. 3 kesilapan inilah yang pernah saya lakukan semasa cuba menyusukan anak pertama dulu. Kalau boleh diulang masa, memang saya tak nak ia berlaku, apa kan daya masa tu tak ada ilmu. 

 

Ilmu penyusuan sangat cetek apabila melahirkan anak sulung. Sangka saya menyusu itu mudah. Melalui pembacaan, bila ibu bersalin, maka hormon si ibu akan berubah untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Jadi pada fikiran saya, lahir je anak, susukan aje.. tak susah pun.

 

Tapi semua tu silap. Walau saya ada membuat pembacaan di buku-buku yang dibeli, masih tidak mencukupi. 11 tahun yang lepas, era internet belum bermula. Tak pandai lagi nak tanya encik google. Akibatnya anak sulung saya tidak dapat saya sempurnakan penyusuannya. Allah.. sedihnya bila fikir saya gagal menyempurnakan tanggungjawab saya menyusukan dia saat itu. Tapi sungguh, saya dah usaha sebaiknya.

 

Jadi untuk anda semua yang sedang hamil anak pertama, yang sedang mencari ilmu penyusuan, baca betul-betul ya. Semoga ia tak berulang pada anda juga. Berikut ialah 3 kesilapan UTAMA dan TERAWAL yang ibu-ibu selalu lakukan, yang menyebabkan penyusuan ibu tidak berjaya disempurnakan.

 

Yang pertama: Terlalu Awal Memperkenalkan Botol Susu Atau Puting Tiruan

 

Kesilapan Utama Dalam PenyusuanIbu-ibu.. ni penting sangat. Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan, terus “skin to skin” dengan bayi. Minta doktor letakkan bayi di atas dada anda, dan jika boleh terus susukan dia sekejap masa tu. Pesan sungguh-sungguh dengan nurse atau doktor yang jangan bagi anak anda botol susu, anda nak susukan dia dengan susu badan.

 

Pesanan ni ibu perlu beritahu nurse bertugas sebelum bersalin, sebaik sahaja bersalin atau selepas pembedahan (jika anda caesar). Sangat penting memberi pesanan ini terutama jika anda bersalin hospital swasta kerana bukan semua hospital swasta ‘mesra penyusuan'.

 

Kebanyakkan hospital kerajaan memang menggalakkan penyusuan, tak ada masalah. Cuma beritahu lebih baik, jadi mereka tahu. Walau saya bersalin di hospital kerajaan semasa anak sulung, tetapi pembacaan yang salah dalam sebuah buku, telah menyebabkan saya membeli ‘puting tiruan' semasa hari pertama anak saya dilahirkan.

 

Punca saya memakai ‘puting tiruan' kerana puting terluka akibat kedudukan penyusuan bayi yang salah. Jadi, bila dah guna puting tiruan ini, anak saya enggan menyusu secara direct, menyebabkan proses penyusuan saya terganggu, sekaligus penghasilan susu ikut terjejas. 

 

Jadi kat sini, pesanan saya, jangan menggunakan botol susu mahupun puting tiruan, kerana sekali bayi dah merasa puting lain selain payudaranya ibunya, dia akan enggan menyusu secara terus pada payudara kita. Dan lagi, jika membaca buku tentang penyusuan, eloklah buat sedikit research, jangan macam saya, dapat salah info, diri sendiri yang menerima padahnya.

 

Oh ya, jika anda terpaksa melahirkan bayi melalui pembedahan, lazimnya hospital swasta akan memberi laluan untuk ibu berehat, manakala bayi akan diberi susu formula sementara waktu. Pesan pada nurse, anda mahu menyusukan anak sendiri, dan jika terpaksa memberi susu formula, berikan melalui syringe atau sudu. Asal sahaja tidak menggunakan botol susu, bayi tak akan keliru puting, dan mudah untuk kita berikan dia susu terus pada payudara.

 

Pesanan yang sama untuk bayi pra matang yang terpaksa ditahan dihospital, elakkan bayi anda menggunakan  botol susu ya. Gunakan syringe, sudu atau biasanya menggunakan tiub.

 

 

Kesilapan Kedua: Bayi Tidak Melekap Dengan Betul

 

Ramai menyangka bayi menghisap pada puting si ibu. Ini salah ya. Sebenarnya mulut bayi patut melekap pada areola. Areola ialah kawasan gelap kehitaman pada payudara ibu. Untuk posisi penyusuan yang betul, usahakan supaya bayi membuka besar mulutnya, sebelum kita memasukkan sebahagian besar areola pada mulut bayi.

 

Cara melekap yang betul pada payudara

 

Jika bayi menyusu pada posisi yang betul, dia akan mendapat semua susu yang dia perlukan. Sebaliknya, jika bayi hanya menghisap pada puting sahaja, dia akan kurang dapat susu, dan ibu pula akan mengalami puting luka, retak dan paling teruk berdarah, kerana salah posisi.

 

Ini juga kesilapan kedua yang saya lakukan, di mana anak sulung saya melekap pada posisi yang salah. Akibatnya, puting menjadi luka, dan berdarah. Bila berdarah, saya terpaksa merehatkan dia dari penyusuan, dan di sinilah bermulanya episod mencampurkan dia dengan susu formula.

 

Tips: jika anda mengalami puting luka dan retak, jangan tunggu sampai ia berdarah. Setiap kali selepas penyusuan, sapukan puting anda dengan susu ibu, biarkan sebentar ia kering barulah anda memakai semula bra anda. Lakukan setiap kali selepas penyusuan. Jika semakin teruk, anda boleh dapatkan krim dari doktor anda. Salah satu krim yang sangat berkesan saya pernah gunakan ialah keluaran Medela. 

 

Kesilapan Ketiga: Tidak Yakin Susu Banyak dan Stress

 

Relax semasa menyusukan anak. Jangan StressTips utama nak banyak susu ialah OTAK ibu kena yakin dan fikir ibu mampu menghasilkan susu yang banyak. Jangan fikir “Eh, cukup ke susu aku ni, baby asyik nak menyusu je”. Jangan fikir susu tak cukup, sebab perut bayi yang baru dilahirkan pada 3 hari pertama sebesar kacang hijau je. Memang dia akan minum sedikit tetapi kerap. Jangan risau.

 

Yakin susu anda banyak, sebab suis utama nak susu banyak ialah di OTAK ibu. Kalau ibu fikir susu sikit, sikitlah jadinya. Ini berdasarkan kajian saintifik, di mana otak ibu berhubung rapat dengan hormon yang merembeskan susu ibu. Jadi ibu-ibu semua, jaga pemakanan, jaga air, dan yakin anda boleh menyusukan anak dengan jayanya.

 

Jangan stress, sebab ibu yang stress memang takkan berupaya menghasilkan susu yang banyak. Anda kena banyak rehat, badan masih lemah, tenang dalam penyusuan, dan jangan lupa ambil vitamin berpantang supaya anda lebih relax, kuat dan bertenaga.

 

Buat ibu-ibu muda di luar sana, semoga perkongsian saya ini bermanfaat. Walaupun saya tak berjaya menyusukan anak sulung saya sepenuhnya, namun saya belajar dari kesilapan. Alhamdulillah anak kedua dan ketiga saya berjaya menyempurnakan penyusuan mereka sehingga usia 2 tahun setengah. Manakala anak keempat hingga usia setahun 9 bulan kerana terpaksa berhentikan penyusuannya untuk menunaikan ibadah umrah.

 

Walaupun nampak macam remeh 3 kesilapan utama dalam penyusuan ini, percayalah, itulah antara 3 sebab utama dan paling kerap ibu-ibu lakukan, yang menyebabkan penyusuan tidak dapat dijalankan dengan jayanya.

 

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini membawa manfaat untuk kita semua. Wallahualam.

 

Untuk menghubungi saya, sila:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Fara Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: