House

Kelas Blog Bersama Tuan Eizil


Kelas Blog Bersama Tuan Eizil

Pada 15 Oktober 2016, saya dan team saya Enermax Group telah menghadiri Kelas Blog Bersama Tuan Eizil. Dalam kelas ini kami telah diajar asas bagaimana untuk menggunakan blog untuk pemasaran.

 

Soalan pertama yang Tuan Eizil tanya, “siapa yang telah menggunakan blog untuk bisnes tetapi masih tak nampak hasilnya?” Soalan cepu emas kan? Tapi ada peserta yang angkat tangan. Bila ditanya, blognya telah berusia 2 tahun, tetapi beliau masih tak nampak hasilnya.

 

Kenapa masih tak nampak hasil walau dah 2 tahun blogging? Sebabnya, tak tahu asas pemasaran blog yang betul. Ya di sinilah sebab utama kenapa saya hadir ke kelas blog bersama Tuan Eizil ni. Dalam kelas ini, Tuan Eizil menceritakan bagaimana cara yang betul untuk memasarkan blog kita.

 

kelas asas blog

 

Yang seronoknya dalam kelas blog bersama Tuan Eizil ni, kami di ajar bagaimana nak menulis dengan mudah. Kena faham ya, blog ni nadi utamanya artikel. Jika ada blog cantik macam mana pun, tapi tak ada artikel terbaru, tak ada gunanya. Menurut Tuan Eizil “bukan namanya blog jika tak ada artikel”.

 

Dan TIPS yang paling penting ialah selepas tulis artikel tu mesti publish. Jangan biarkan menjadi draf, comfirm sampai tahun depan pun akan tetap menjadi drat juga. Dengar macam lawak je kan, tapi sebenarnya memang betul pun. Saya sendiri mengalami masalah draf ni. Kalau dah jadi draf, memang kekal lah draf tu sampai bila-bila. So jangan buat okey.. 

 

Last sekali, TIPS yang paling best, macam mana nak listed dalam first page google. Walaupun dah 5 tahun kami berblogging, ada tips baru yang kami belajar dari Tuan Eizil ni. Alhamdulillah, kelas yang bermanfaat dan sangat berbaloi. Terima kasih Tuan Eizil, semoga segala ilmu yang tuan curahkan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah dari Allah. Sampai bertemu lagi di lain kelas. 

 

Untuk menghubungi saya, sila:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Fara Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

 

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: