House

7 Punca Badan Lemah, Letih, dan Cepat Mengantuk Serta Cara Mengatasinya


Dalam menjalani kehidupan harian yang sibuk dan serba pantas, ramai yang mengadu pada saya badan cepat letih, lesu, tak bermaya dan bila pulang dari kerja pada waktu petang memang dah tak larat nak buat apa. Antara 7 Punca Badan Lemah, Letih, dan Cepat Mengantuk Serta Cara Mengatasinya ialah:

  • Tidak cukup tidur – setiap malam tidur yang disarankan ialah 7-8 jam. Jadikan tidur sebagai prioriti untuk mengembalikan tenaga anda
  • Tidak cukup tenaga – Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
  • Tidak Ambil Sarapan Pagi – Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
  • Kurang darah merah (anemia) – Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut. Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang 
  • Tekanan Emosi – Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi
  • Terlalu banyak kafein – Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
  • Dehidrasi – Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

 

Untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu dan tak bermaya ini caranya ialah dengan mengambil pemakanan yang sihat setiap hari dan bersenam.Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan 2 perkara ini dilakukan dengan konsisten setiap hari, Justeru, pengambilan supplement ialah pilihan yang paling tepat.

Untuk mengatasi masalah ini, set optimum / Set A sangat membantu. Apa yang ada dalam set ni?

  • Vitamin C.
  • Vitamin B Complex
  • Vitalea (Multivitamin terbaik dengan zat besi)

Siapa Yang Sesuai Mengambil Set Ini?

  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua, dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang hemoglobinnya rendah, kerana Vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukkan sel darah merah
 

Jom tengok testimoni seorang customer kami yang berpuas hati setelah mencuba set Shaklee:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan, sejujurnya saya sendiri merasai perubahan ini dan rasa lebih bertenaga sepanjang hari. Kalau dulu, petang je badan dah rasa letih, sekarang ni masih aktif sehinggalah ke malam. Untuk mereka yang sering letih dan lesu badan, saya amat syorkan anda mencuba set ini. Bukan sahaja badan menjadi lebih kuat dan bertenaga, tetapi juga lebih sihat dan sukar dijangkiti demam mahupun selsema. Sesungguhnya kesihatan dan badan bertenaga sangatlah tak ternilai harganya..

 

Untuk pembelian Set Resdung Shaklee, anda boleh menghubungi saya seperti berikut:

Call / Whatsupp: 019-6657 302

Email: farahshoppe@gmail.com

Add Fb saya: Fara Alias untuk chatting secara langsung dengan saya

Klik Like di FanPage saya: MommyIskandar

Konsultasi percuma hanya untuk customer saya sahaja ya..

COD Sekitar Gombak, Pos Laju Seluruh Malaysia

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila kilk DI SINI

 

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

69 comments on “7 Punca Badan Lemah, Letih, dan Cepat Mengantuk Serta Cara Mengatasinya

  1. Mastura on said:

    Hi..berapa harga set A ni ye?ada trial pack x?

  2. azuraini on said:

    Salam, farah, akak dah terima set a, cuma confuse vitalea amik ms lunch @ bfst. tq.

  3. Pingback:Dingin Seks? Ketahui Cara Semarakkan Semula Cinta! - Mommy Iskandar

  4. badan saya tidak kuat tarik panah (memanah) sebab lengan saya sakit, paha saya rasa berat kalau nak berlari,kepala saya tak boleh pandang kiri dn kanan ,bahu sayarasa lenguh

  5. afdall on said:

    badan saya cepat penat n tiada tenaga

  6. Pingback:Cara Mengatasi Badan Letih Lesu Lemah | Tips Perawatan Badan

  7. Pingback:Cara Penjagaan Badan Lelaki | Tips Perawatan Badan

  8. terima kasih

  9. badan letih lemah lesu sangat menyusahkan, apalagi kalau mau kerja..

  10. saniah on said:

    Saya baru lepas bersalin..walaupun menjaga makan dan makan ubat2 utk menambahkan tenaga tetapi saya masih berasa lemah, mungkin kerana pd ms hamil saya selalu kurang darah..apakah produk yg sesuai utk saya..boleh bg harga?.

    Terima kasih

    • Untuk puan, saya cadangkan puan mengambil Set Optimum Shaklee, yang mengandungi 3 suplement iaitu B Complex, Vitalea dan Vitamin C.

      Jika budget puan agak terhad, puan boleh mulakan dengan 1 suplement dulu iaitu Vitalea.

      Sebarang pertanyaan, puan boleh hubungi saya semula ya / whastupp 019-6657 302.

  11. Ajie on said:

    Badan saya cepat penat dan saya mudah mengantuk. Boleh email saya harga product A?

  12. Sy cepat sgt penat..lps krja makan,terus collapsed.sy risau sbb masih muda:'(ada sranan utk ambil produk.mana?harga bagaimana?

    • Salam Pn Nadhirah, untuk masalah puan saya sarankan puan ambil 3 suplemen asas kami iaitu B complex, Vitamin C dan Vitalea. Harganya saya dah emailkan pada puan ya. Mohon puan cek email. Terima kasih.

  13. aiezat on said:

    saya nak bertanya, ada x produk yang boleh membantu masalah angin dalam badan.yang ada masalah ni isteri saya,sebab sblm ni dia prnah mkn ubt yang dibeli di farmasi,tapi kesan terlalu sedikit, boleh dikatakan hampir x berkesan. klu boleh, hrap dpt bg harga skali ye.t.kasih.

  14. riana frans on said:

    nak tanya ….bila buat kerja rasa cepat lelah

  15. Salam

    Saya baru2 ni diserang gastrik dan Gerd. Walaupun dah pulih tapi badan rasa lemah setiap pagi. Saya cuba bersarapan cara yang sihat seperti oats, roti, tapi setiap pagi badan terasa lemah dan tak bermaya. Apakah supplemen yang sesuai untuk saya. Saya berusia 43 tahun.

  16. Siti norrehan bt kamalludin on said:

    Plz share kenapa badan saya cepat terasa letih dan lesu
    Tima kasih

  17. Saya berumur 47.skrg badan saya kerap letih dan tidak bertenaga.bdn juga lenguh2.tlg bantu saya

  18. muhammad raziemi on said:

    Nk Detail tntng product nie boleh?

  19. badan saya selalu letih dan mudah mengantuk, sakit-sakit sendi dan lenguh badan.

  20. Bdn saya selalu lesu terutamanya apabila bangun tidur dan cepat marah.

  21. Faizal on said:

    Set A shaklee 2 brape er

  22. Fatin niera on said:

    Sy dlm sbln 4 kali dman, smbuh Kjp,dman balik,xtau Nape,plez pm sy

  23. NORFAIZAH on said:

    Salam,saya berumur 23 tahun, saya mengalami masalah dimana setiap pagi saya tiada mood ke kerja,badan cepat letih dan lesu,muka saya pucat,tiada selera makan,tekanan emosi yang tidak stabil (sering marah), selalu mengantok, jantung kadang kala berdegup laju sehingga kan saya cepat berasa penat walaupun melakukan aktiviti or tugasan kerja yang sikit. apakah suplemen yang patut saya ambil untuk atasi masalah ini.

    • Wsalam cik, saya akan email puan detail suplemen yang perlu ya. Terima kasih berkunjung ke MommyIskandar.Com. Untuk fast reply puan boleh whastupp saya di 019-6657302. Terima kasih

      • wahid on said:

        Sy setiap pagi bangun tidor lepas sarapan badan sy lemah dan letih bibir kering rasa haus air. Apa suplemen yg sesuai dengan masalah sy ni.

        • Untuk masalah Tuan Wahid ni saya sarankan ambil Performance Drink dan juga Vitalea. Untuk dapatkan produk ni, mohon whatsupp atau hubungi saya di talian 019-6657302

  24. rani on said:

    Hi,salam sya perna lalui simtam2, sesak nafas jatung perdepar2, naik bp,susah nk tidur.tapi sya minum kofi banyah dulu….
    sekarang tk.

    • Wsalam Puan Rani, sebaiknya puan dapatkan pemeriksaan dari pihak doktor ya untuk punca berlaku demikian. Jika dah tau puncanya, insyaAllah kami akan cadangkan suplemen yang sesuai.

    • Farah on said:

      Salam, kalau begitu sebaiknya puan kurangkan atau elakkan pengambilan kopi, dan dapatkan nasihat doktor ya. Ada keadaan kesihatan yang menyebabkan masalah seperti puan, sebaiknya biar doktor yang sahkan.

  25. safinaz on said:

    berat badan sy obesiti..trlmpau kurus.36.7kg..tggi 152cm..sy ad mslh saraf..xthu ape lg perlu buat.dh byk rawatan n ubt tp Allah belum temukn lg penawarnye..

  26. Nida on said:

    Tlg send no nk.oder

  27. Saya selalu rasa letih…selepas bangun tidur.

  28. Mohd Zaidie on said:

    Salam,sye nk tnye.. knpe klu sye makan trus ngantok..??

    • Wsalam, mungkin tuan Zaidi terlalu banyak mengambil makanan pada sesuatu masa atau mungkin juga ada gangguan metabolisme dalam badan. Saya cadangkan tuan mengambil B Complex dan Vitalea untuk masalah ini..

  29. Kamarolzaharah on said:

    Tolong beri detail produk utk letih dan lesu

  30. Vitalea dan b complex banyak membantu mengembalikan tenaga yg hilang terutama semasa tempoh haid

  31. badan saya jadi penat dan macam xde tenaga, mengantuk je..

  32. Welline on said:

    Please give me details about the product set of vitamin. Tq.

  33. Nur haslinda on said:

    Slalu rsa penat

  34. Hafizah on said:

    Macam ayah saya yg pernah kekurangan darah merah .. apa suplement yg bagus utk beliau .. sekarang d cepat letih , kelihatan lemah n tak bermaya ..

  35. shairulaizad bin abu bakar on said:

    sy cepat mengantuk bila waktu mlm.kdg2 dlm jam 8 pun sy dah rsa mta sy nk tdo.dlu sy bole drive mlm skrg lnsg tk bole sbb cpt rsa nk tdo.

  36. karim on said:

    badan cepat penat dan tiada tenaga

  37. Muhamada amin on said:

    Saya pemandu lori.. saya cepat megantok dan letih.. kadang2 nak p keja rasa malas.. tak ada semagat

  38. aslmkm..boleh sy dapatkan harga dan detail tentang ni. terima kasih.. 😉

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: