House

Apa itu Eczema?


Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tak terkecuali.

Penyakit eczema ni biasa berlaku di kalangan bayi yang berumur antara 2 – 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah “Atopic Dermatitis.”

“Atopic” adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom “oversensitivity.”

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

 

Gejala-gejala Eczema

Acute Eczema

  • “Erythema”, kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • “Papules”, pembentukan tompok-tompok merah.

Eczema Kronik

  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

 

Punca Eczema

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)

  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)

  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

 

Kitar Eczema

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan “allergens” atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.

  1. Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  2. Mengubati keradangan.

 

Langkah-langkah Pengawalan Harian

Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
Penjagaan Kulit Sensitif dan Eczema

Pakaian
Amalkan: Pakaian yang longgar..Fabrik yang selesa seperti kapas.
Elakkan: Pakaian yang ketat..Fabrik bulu biri-biri.

Diet Pemakanan
Amalkan: Keseimbangan diet untuk mengekalkan daya tahan yang kuat.
Elakkan: Makanan laut, kacang, susu dan telur yang paernah menimbulkan kesan-kesan alergi sebelum ini.

Persekitaran
Amalkan: Kebersihan dan pengudaraan yang baik di persekitaran rumah dan tempat kerja.
Tahap kelembapan di persekitaran yang sederhana.
Gunakan cadar dan selimut yang bersih dan sentiasa ditukar dengan yang baru.
Memakai sarung tangan jika perlu berkerja dalam keadaan yang basah.
Elakkan: Permaidani, barang permainan yang berbulu.
Persekitaran yang terlalu lembap atau terlalu kering.

Perangai Peribadi
Amalkan: Bersikap positif dan kekal riang.
Kuku jari yang pendek untuk mengelakkan kelecetan kulit akibat menggaru.
Mandi dengan air suam.
Mematuhi arahan doktor bagi penjagaan kulit.
Elakkan: Pendedahan kepada cahaya matahari yang kerap.
Penglibatan dengan aktiviti di luar dan di dalam tempat berhawa dingin yang kerap.
Merendam dalam air panas atau air yang mengandungi klorin yang banyak.

 

Eczema yang lazim berlaku di kaki dan tangan orang dewasa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya akan sambung cara rawatan di entry seterusnya..

Untuk konsultasi percuma, sila hubungi farahshoppe@gmail.com / 019-6657302

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

15 comments on “Apa itu Eczema?

  1. Artikel yang menarik. Ekzema memang disebabkan oleh gejala alahan dan radang pada kulit. Amalan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah lemon dapat membantu merawat penyakit ini.

  2. anak sy no 2 pun kene ekzema,kesian tgk..garu sampai luka..sedihnya

    • Farah on said:

      Eczema ni masalah kulit sensitif. Puan kena tahu apa yang menyebabkan ecxema anak puan menjadi-jadi. Mungkin dia alah pada seafood, soya, susu lembu dan sebagainya. Jika dah tau senang nak monitor anak dan ambil langkah berjaga-jaga.Jika puan tak dapat tau juga apa faktor yang menyebabkan eczema, boleh berjumpa doktor dan ada ujian yang boleh dijalankan untuk mengetahui anak kita alergik kepada apa.

  3. Rose Sepi on said:

    Ekzema ni memang susah dijangka,anak saya kalau makan telur skt abislah gatal2

  4. Rosnabila Said on said:

    Sy pun kena ekzema n skrg tgh minum cellmax.. dan ada ubat sapu.. y xtahan tu bila ubat habis ekzema balik merekah.. mcm bgantung dgn ubat pulak.. sy xda alergic cuma pernah kena ggt binatang n terus jadi merah2 sy garu,bawa klinik doc sahkan ekzema.. sedihnya.. org pandang pun lain2 cbb ada d tgn n kakii.. ???

  5. riema on said:

    Salam sis , saya sendiri tgh suffer sakit eczema ni. masa kecik-2 dulu pernah kena and dia serang balik sekarang. umur saya 19. saya ada google ada set shaklee yg bagus utk rawat eczema ni. boleh bg detail tak ? set mana yg perlu saya ambil , dan harga.
    kasih banyak-2 🙂

  6. Nurul on said:

    Penyakit aczema ni tak berjangkit kan?

  7. Thanx for the tips. Tapi mcm mana pula ya tu. Boleh mandi dengan air suam tapi perlu elak rendam dlm air panas?

    RasanYa kalau dah gatal giler tu mmg rasa nak rendam je. Kalau siram2 ni tak puas ?

  8. Nur erni syazwani binti hiruddin on said:

    Anak saya naik tompok2 putih kering n kulit nipis..adakah itu eczema??

  9. Kawan sy pun kena kat celah jari dia.. Lg dia basuh baju lg teruk jdnya.. (kami duduk di asrama. Jd kena basuh bj pakai tgn) kesian dia ?

    • Farah on said:

      Kalau eczema kena guna sabun yang sesuai dengan kulit dia. Kalau sabun basuh tu menambah masalah eczema dia, bimbang makin teruk pula jadinya..

  10. Nabila on said:

    Tulah saya pun ada ekzema.kita ni dah lama kena tanggung kesakitan kulit kita terutama time kulit kering dan radang orang sekeliling asyik bertanya benda yang sama jawapan saya nak jawab pun sama.stres sangat,kita nak dalam mood positif tapi bila dah macam ni memang menduga.Jadi apa cara untuk saya elak untuk berlakunya masalah emosi ni…?

  11. saya kena eczema di perut merebak ke peha dan badan. tapi saya tak tahu apa sebenarnya alahan saya..

Call Now Button Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: