House

Buku Suri Rumah Jutawan


Alhamdulillah, bulan April 2015 buku pertama saya terbitan Sofis Prima Sdn Bhd selamat dilancarkan. Hampir setahun jugalah mengambil masa untuk buku Suri Rumah Jutawan ni siap, bagi memastikan hasil yang terbaik untuk anda semua.

 

Kenapa buku Suri Rumah Jutawan ni diterbitkan? Dan antara intipatinya..

  • Yang utamanya, saya nak memberikan inspirasi bagi semua surirumah di luar sana bahawa suri rumah pun boleh berjaya. Anak, masa terhad mengurus rumah tangga dan kekangan modal bukan masalah yang menjadi penghalang untuk berjaya
  • Dalam buku Suri Rumah Jutawan ni juga ada saya tunjukkan bagaimana saya yang dulunya “buta IT” kini saya “celik IT” malah boleh bina blog saya sendiri
  • Realiti bisnes, pasti ada jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan
  • Tips bagaimana mahu pastikan sesuatu bisnes itu betul-betul berjaya
  • Langkah pertama sebelum anda memulakan bisnes anda. Apa yang anda perlu tahu?
  • Persiapa fizikal mental dan fizikal. Bukan mudah bergelar suri rumah jutawan. Anda perlu kuat dan bersedia!
  • Bagaimana meningkatkan jualan
  • Tips menguruskan kewangan dan modal bisnes

 

Siapa yang perlu membaca Buku Suri Rumah Jutawan?

  • Suri Rumah yang merasakan hidup sentiasa dihimpit kekurangan wang. Nak minta suami kesian. Malu pun ada. Tak nak menyusahkan suami. Jadi, pilihan yang ada ialah kita cari duit sendiri, setidak-tidaknya ringan juga beban suami.
  • Ibu-ibu bekerjaya yang mahu berhenti kerja, tetapi tidak yakin boleh menjalankan bisnes dari rumah. Jika saya dah berjaya, kenapa tidak anda? Jangan lupa dapatkan tips bagaimana cara bermula ya.
  • Ibu-ibu yang tiada keyakinan diri untuk berbisnes, malu berhadapan dengan orang ramai, rasa diri tiada pengetahuan dalam bidang bisnes. Anda patut baca buku ini.
  • Graduan yang tidak memperolehi pekerjaan. Nak buat bisnes tak tau bisnes apa dan bagaimana? Dapatkan senaskah untuk anda hari ini juga.
  • Sesiapa sahaja, lelaki atau wanita yang merasakan ragu-ragu benarkah bisnes dari rumah boleh mendatangkan pendapatan lumayan, anda patut tukar persepsi anda selepas membaca buku saya ini.

 

 

buku surirumah jutawan

 

 

Buku setebal 157 muka surat ini bukan sahaja menceritakan jatuh bangun saya dalam dunia perniagaan, malah membawakan anda tips-tips, senario yang berlaku sehari-hari dalam menempuh pahit manis dalam dunia bisnes. Bagaimana bertahan, bagaimana mempersiapkan minda kita agar berjaya bertahan untuk menang.

 

Harganya cuma rm 32 senaskah untuk semenanjung Malaysia, postage rm 6. Jumlah rm 38.

 

Manakala sabah sarawak rm 35, postage rm 10. Jumlah rm 45.

 

Jika anda nak buat pembelian secara terus, boleh Cash On Delivery di Taman Sri Gombak ya. Whatsapp je nombor di bawah ni..

 

Untuk membuat belian, boleh whatsupp saya di 019-6657 302 / email:  farahshoppe@gmail.com

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.