House

Doa Semasa Wuduk


Wuduk adalah wajib sebelum solat. Tanpa wuduk, tak sah solat kita.. 

 

Doa semasa wuduk ni saya pelajari dari buku agama (yang tak ingat tajuknya) semasa umur belasan tahun lagi.. Niat adalah wajib, doa ni adalah “tambahan” supaya hati kita fokus untuk beribadah dan menemui Allah S.W.T.  Tak buat pun tak pe.. tapi kalau buat, lagi bagus kan..

 

Doa kita sharing dalam bahasa bahasa melayu aje.. senang nak ingatkan..

 

Berikut ialah doa-doanya..

 

1. Ketika Membasuh Tapak Tangan

Ya Allah, daku memohon kepadaMu supaya daku kuat beribadat dan melakukan kebajikan, serta daku berlindung kepadaMu daripada kejahatan dan kebinasaan.

 

2. Ketika Berkumur-berkumur

Ya Allah, bantulah daku agar dapat membaca kitabMu (Al-Quran) dan memperbanyakkan zikir kepadaMu

 

3. Ketika Membasuh Hidung

Ya Allah berikanlah daku bau-bauan syurga dan Dikau redha padaku. Dan jauhkanlah daku dari bauan neraka dan keseksaan

 

4. Membasuh Muka 3x Sambil Berniat Wuduk

Ya Allah, putihkanlah wajah ku seperti mana Engkau memutihkan wajah-wajah para kekasihMu.

 

5. Membasuh Tangan Kanan Sehingga ke Siku

Ya Allah berikanlah kitab amalanku di sebelah kanan dan perhitungkanlah daku secara hisab dengan mudah

 

6. Membasuh Tangan Kiri Sehingga ke Siku

Ya Allah janganlah Engkau berikan kitab amalanku di sebelah kiri, ataupun dari belakangku

 

7. Membasuh Sebahagian Kepala

Ya Allah, rahmati daku dan lindungilah daku di bawah Arasy Mu

 

8. Membasuh Kedua Telinga

Ya Allah berikanlah daku pendengaran yang baik, dan ikutilah daku yang baik itu

 

9. Doa Membasuh Kaki Kanan

Ya Allah masukkanlah daku ke syurga bersama-sama hambaMu yang beriman

 

10. Doa Membasuh Kaki Kiri

Ya Allah, jauhkanlah daku dari api neraka

 

Akhir sekali, akhirilah wuduk kita dengan Doa Selepas Wuduk seperti di bawah:

 

Doa Selepas Wuduk

 

Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki. (Hadis Riwayat Muslim).

 

Semoga bermanfaat.. dan marilah kita sama-sama amalkan doa semasa wuduk.

 

Sumber rujukan

TengkuButang

Syafiqolbu

MrsLollipop

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.