House

Dulu 1-2 oz, sekarang 8 oz sekali pam..


Alhamdulillah..hari ni saya terpanggil untuk berkongsi testimoni seorang lagi customer saya Munirah. Pada saya Munirah seorang ibu yang cekal, kerana walaupun dulunya beliau dapat susu sedikit je sekali pam, namun beliau tak pernah berputus asa. Dan Alhamdulillah,selepas mengamalkan Shaklee, kini beliau dapat sekali pam 8 oz walaupun dengan hanya menggunakan pam manual yang berharga bawah rm 100! Baguskan?

Siapa kata nak dapat susu banyak kena ada pam elektrik yang berharga ratusan malah ribuan ringgit? Pada saya semangat ibu yang cekal dan usahanya sahaja yang dapat meneruskan penyusuan ibu selama mana yang mungkin. Dan, Alhamdulillah pengambilan Shaklee membantu memudahkan lagi perjalanan penyusuan ibu-ibu semua.. Jom tengok perkongsian Munirah tentang susunya..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan sesungguhnya saya juga sangat gembira bila dapat berkongsi kegembiraan dengan semua ibu di luar sana, moga-moga usaha saya diberkati Allah dan lebih ramai ibu-ibu yang dapat menyusukan anak sehingga anak berusia 2 tahun.

Pesan saya kepada semua ibu di luar sana, fahamilah konsep asas penyusuan DEMAND AND SUPPLY. InsyaAllah usaha anda akan berjaya, dan mintalah pada Allah, Dia juga yang Maha Pemberi Rezeki untuk anak-anak kita..

Untuk melihat testimoni lain ibu-ibu yang telah berjaya dalam penyusuan mereka, sila klik SINI ya.

Untuk konsultasi percuma dan informasi lanjut tentang set penyusuan, sila hubungi saya di farahshoppe@gmail.com / 019-6657 302 / add fb saya FARAH ALIAS.

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

5 comments on “Dulu 1-2 oz, sekarang 8 oz sekali pam..

  1. Betul2…Alhamdulillah dgn hanye berbekalkan pam berharga RM30, sy pon bleh wat stok susu dgn bantuan shaklee 🙂 segalanye dgn izin Allah… Alhamdulillah 🙂

    • Betulkan Liza, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pam bukan penentu banyak atau sedikit susu, yang penting ibu itu sendiri..

  2. azzunika on said:

    baby saya berumur 3 bulan…sekarang tidak menyusu sy lagi sebab susu saya hanya mengeluarkan air susu setitik2….adakah menggunakan produk shaklee ini dpt memperbanyakkan air susu sy semula???

    • Salam Intan,

      Produk ini sebenarnya bukan untuk membanyakkan susu ya,tetapi ia menyihatkan badan ibu, seterusnya membantu badan ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat. Untuk membanyakkan semula susu Intan selepas baby menyusu,adalah sukar, kecuali Intan sanggup mengepam semula setiap 2-3 jam sekali atau memberi semula aby direct feed. Penyusuan mesti ada stimulasi dari baby / pam. Jika tak ada stimulasi, makanlah milk-booster apa pun, susu tak akan keluar. Jadi, jawapan saya, Intan boleh menyusukan semula bayi jika mahu, namun kena ada tekad yg tinggi dan usaha pam kena konsisten. Saya boleh memberikan konsultasi percuma jika Intan berazam utk menyusukan baby intan semula..

      • azzunika on said:

        mmg sy nak menyusu semula baby tapi setelah baby dsuruh direct feed,baby menangis sbb air susu xkeluar…..adakah menggunakan pam dpt mengeluarkan semula air susu saya??? kesian kat baby coz hanya dlm sebulan setgh jer menyusu saya….. 🙁

  Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.