House

Inverted Nipple (Puting Tenggelam): Bolehkah Menyusukan Bayi?


Ramai menganggap masalah inverted nipple (puting tenggelam) dan flat nipple (puting leper) adalah penghalang bagi mereka untuk menyusukan bayi.  Mitos bahawa bayi tidak akan mendapat susu jika tiada puting adalah salah sama sekali.

 

Hakikatnya, bayi mendapatkan susu ialah pada payudara, dan mulut bayi akan melekap pada areola (bulatan gelap pada payudara) dan bukannya pada puting. Jika bayi hanya menghisap pada puting, pasti puting akan melecet dan seterusnya berlaku luka. Justeru ibu-ibu semua, pastikan bayi anda menyusu pada posisi yang betul, dan melekap pada areola, bukan puting ya..

 

Justeru, bagi ibu yang mengalami masalah inverted atau flat nipple, jangan bimbang, anda juga mampu menyusukan bayi anda sebaik sahaja dia dilahirkan. Dan ajaibnya, selepas beberapa ketika menyusukan bayi anda secara terus, masalah inverted nipple atau flat nipple ini akan dapat diatasi! Nipple anda akan menjadi normal, dan insyaAllah penyusuan anda akan bertambah mudah selepas itu..

 

Tips bagi ibu yang mempunyai masalah inverted nipple dan flat nipple:

  • Yakin diri bahawa anda juga mampu menyusukan bayi anda sejak mengandung lagi
  • Sebaik sahaja bersalin, dalam tempoh 30 minit pertama, susukan bayi anda secepatnya. Jangan beri bayi anda sebarang puting tiruan (nipple shield) atau botol susu. 
  • Kenalkan bayi anda dengan puting anda sahaja, ini kerana jika dia diberikan botol susu yang puting tiruan panjang, bayi tidak akan mahu lagi menyusu pada payudara anda.
  • Pastikan bayi melekap dengan betul, iaitu pada areola dan bukannya pada bahagian puting.
  • Pastikan kedudukan penyusuan bayi adalah betul. Bagi ibu muda, dapatkan bantuan jururawat untuk melihat adakah posisi penyusuan anda betul dan bayi melekap dengan sempurna.
  • Jika bayi anda tetap tidak mahu menyusu pada payudara anda, pam keluar puting anda dengan menggunakan pam susu / syringe 20ml. Sebaik sahaja puting anda keluar, cepat-cepat suakan payudara pada bayi anda.
  • Sebagai ibu, anda kena tabah dan jangan cepat mengalah! Pujuklah bayi anda dengan lembut dan tenangkan dia jika mengamuk, supaya dia dapat menyusu secara terus pada payudara anda.
  • Pastikan anda minum air secukupnya, makan makanan berzat dan mengambil suplement penyusuan bagi memastikan susu anda sentiasa banyak dan berkualiti.

 

Dalam beberapa waktu, anda akan dapati puting anda yang leper atau pun tenggelam, akan timbul normal seperti wanita lain. Tak percaya? Anda mesti mencuba! Ramai dah mengakui hakikat ini tau.. Dan insyaAllah, penyusuan bayi anda juga akan menjadi lebih mudah..

 

Apapun keadaan puting anda, yakinlah anda mampu menyusu si manja anda kerana susu ibu adalah titisan emas yang amat berharga. Saya juga amat menyokong penyusuan ibu sepenuhnya.. Selamat mencuba mommies semua!

 

Sila klik LIKE di  fanpage MommyIskandar.Com, lebih banyak TIPS PENYUSUAN akan diberikan secara PERCUMA dari masa ke semasa.

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: