House

Jadikan Asmaul Husna Sebagai Zikir Harian..


Assalaualaikum..

Di pagi Jumaat yang indah ini, saya terpanggil untuk berkongsi amalan Asmaul-Husna yang sangat membawa keberkatan, dan kesejahteraan dalam hidup kita. Dan sememangnya nama-nama Allah ni banyak membawa kebaikkan jika kita mengamalkannya sebagai zikir harian, seperti sabda Rasulullah S.A.W  “Banyakkanlah olehmu menyebut Allah di segenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak ada yang banyak melepaskan hamba drp bencana di dunia dan di akhirat drp menyebut Allah (berzikir).

3 Nama Allah Untuk diamalkan.. Ya Ghaffar, Ya Qahhar dan Ya Wahhab

Ya Ghaffar bermakna Maha Pengampun. Allah itu suka memaafkan dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya dan juga menutupi dosa-dosa dan kesalahan hambaNya yang dikehendaki. Jadikanlah Ya Ghaffar sebagai zikir harian, Insya-Allah, segala dosa2nya akan diampunkan. Seterusnya, sesiapa yang membaca Ya Ghaffar sebanyak 100 kali setelah selesai solat Jumaat, Insya-Allah, Allah mengampunkan segala dosa-dosanya.

Ya Qahhar membawa maksud Maha Menguasai. Amalkan membaca Ya Qahhar sebanyak 306 kali sehari semalam, dengan izin Yang Maha Esa, orang itu akan terhapus dari perasaan cintakan dunia & kehebatan sesuatu selain dari Allah s.w.t dan Allah akan membantunya menghadapi musuh2nya. Seandainya anda berhajat dengan untuk mendapatkan sesuatu, bacalah ya Qahhar sebanyak 100kali dan kemudaia berdoalah dengan menadah tangan dan mengangkat kepalanya serta berdoa dengan bersungguh2, Insya-Allah akan dikabulkan doa tersebut.

Allah itu Maha Pemberi, itulah maksud Ya Wahhab. Bacalah Ya Wahhab sebanyak 300 kali atau lebih setiap hari selepas mengerjakan solat fardhu, Insya-Allah, anda akan dikurniakan kekayaan, kehebatan & kebesaran.

Bersama-samalah kita mengamalkan Asmaul Husna ini dengan penuh istiqamah & keyakinan, Allah Maha Melihat & Mendengar, Insya-Allah semua doa dan harapan kita akan dikabulkan. Insya-Allah…

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.
%d bloggers like this: